Sunday, June 3, 2012

Gold Coast Australia Day 3

25 Mei 2012 (Jumaat)
Hari ni kita ke Seaworld! Best tempat ni sebab nyer binatang-binatang ni jarang kita jumpa kat negara sendiri.. Jadi bila kesana dapatlah tengok hidupan laut yang pelik2 dan mengangumkan ini dengan mata kepala sendiri..
Kitorang bertolak ke Seaworld pada pkl 10pg.. tak jauh sangat pn, dalam 15minit je perjalanan.. Tiket AUD79 jugak.. Balik pkl 4ptg.. Dah kira lewat jugak tu sebab kat sana maghrib pn masuk pkl 4.35pm..

 Ok, kitorang dah ada tiket, so boleh terus masuk and boleh enjoy segala macam benda kat dalam tu dah.. Waktu ni hujan jadi kitorng kena lah tunggu hujan berhenti dlu.. Nak beli rain coat tu mcm tak berbaloi sebab hujan bukan lama, lagi pun gerimis.. Sebnrnya mahal! AUD5 sehelai..
 Naik kabel car, kat dalam tu dia bawak kita dari arah utara ke selatan terus.. Dapat lah tengok segala macam benda kat bwh tu dengan naik kabel car ni..
 Stesen kabel car ni dekat je dengan tempat hidupan laut, masuk underwaterworld, dapatlah tgk pelbagai jenis hidupan laut ni..
 Pari besar,.. sekali dia melibas, boleh 'padam' ..
Gambar kat dalam tu..
Pertunjukkan ski kat tasik Seaworld tu..
Dah lapar, so kena lah isi perut. Makan fries.. harganya AUD6. Makan kongsi-kongsi, ok lah jugak..
Ni lah benda yang nak sangat saya tunjuk! Surau nyer ada benda mcam ni nama dia Wudhu' Mate.. Convenience btl benda ni, alhamdulillah, surau selesa, siap sejadah dan tanda kiblat pun ada..
Surau yang saya cerita tadi.. Best kan surau ni. Perfect!
Ni lah benda yang kitorng naik..
Baru nak naik.. Excited oo..
  Ni lah tempat jaring-jaring tu.. Saya takut sebenarnya naik benda ni..
Takut sangat naik benda jaring-jaring ni.. tinggi and gayat sangat!
Show Dora and Friends..

Ada jugak service heli untuk round GC tapi saya tak naik pun.. Ni chargeable
 Beruang kutub.. tempat ni dia wat sebiji mcm kat kutub.. dalam ni sejuk, mmg real tempat ni. tapi tak boleh nak dekat sebab beruang ni dalam cermin.

 Monorail. Kitorang naik untuk ke main stesen.. Nak jalan mcm letih jer, lagipun hujan renyai2.. Panjang jugak monorail ni. Yang tadi mula-mula saya naik tu kabel car, yang ini monorail plak.. Naik ni percuma, sebab dh termasuk hrga tiket masuk dah..
 Ni lah pemandangan dari dalam monorail tu.. tempat Seaworld ni besar, banyak kolam, tasik dan terletak betul-betul tepi laut.. Ada jugak resort kat dalam ni, kira senang lah untuk tourist yang nak dok dtg byk kali ke dalam Seaworld ni.. Resort yang kat tepi belah kanan gambar tu..

Gold Coast Australia Day 4

26 Mei 2012 (Sabtu)
Ok, hari sabtu sebenarnya hari paling malas, sebab kena gi Paradise Country Farm ni.. Saya jenis bukan yang ala-ala cat girl ni, so tengok2 binatang dah ada kat dalam image Google tu macam tak berapa nak minat.. Jadi bila saya decide untuk ganti Farm ni dengan Dreamworld, yang lagi 5 orang pecinta binatang tu tak berapa setuju jugak.. Last2 pergi lah jugak kat Farm ni.
Tengok2 last2 best plak ye.. hehehe..

 Ni lah benda yang kitorang jumpa after masuk ke dalam farm tu.. ala-ala pekan koboi lama yang real, jadi kitorang mcam jakun jap tengok benda-benda ni.
 Ni lah infomasinyer.. tapi sepatah saya tak baca:) Silakan baca sendiri ye..
 Lembu ke kambing ni>? Sapa nampak lembu?? Kambing ni.. besar ! Lebat sangat bulu dia.. Geram tgk, mcm nak pulas2 je bulu tu.. Hehehe..
 Ni lah gambar suka-suka yang diambil:)

 Perempuan ni tengah demo pasal mcm mana cara hidup orang Australia.. rupa-rupanya diorang ni suka dok dalam khemah dan pasang unggun api. unggun api tu bukan tujuan untuk panaskan badan sahaja, tapi juga untuk masak air, dan yang paling best, api yang dipasng tu boleh dibuat untuk bakar roti!
 Ni lah dia, setiap orang akan diberi hidangan berupa roti yang dibakar menggunakan unggun tu dan air teh o panas.. Roti macam roti biasa je tapi dalam tu ada kismis..
 Saja-saja je ambil gambar ni..
 Ni lah cara bangaimana seekor anjing boleh membantu memasukkan biri2 dalam kandang diorng.. Sebnrnya apa yang diberitahu, untuk membeli anjing yang terlatih sangat mahal, ia bersamaan dengan 3kali ganda gaji pekerja biasa sbb anjing terlatih kosnya mahal..
Cara untuk mencukur bulu biri-biri..
 Kat situ makanan disediakan, lunch sahaja.. lagipun makanan halal disediakan.. Ada 3 jenis pilihan, ayam, ikan dan daging lembu.. Setiap orang akan dapat satu hidangan dan sides dishes nyer pun ada juga..
 Ok, ni lah stesen side dishesnyer.. ni tempat salad dan ada bberapa dressing salads..
 Ni carbo stesen.. spagetti, nasi, sauce, mcam2 ada lagi.. sedap2!
 Dah nak balik baru ingat nak ambil gambar entrance dia..
 Control.. control..
 Kat farm tu just half day je, so balik tu ptg free at own leisure.. Kat tempat pantai Suffer paradise ni.. Cantik tmpat ni, sejuk dan cuaca elok.. Sebabnya hari ni sabtu ramai orang mandi manda, ombak pun x berapa nak besar sangat..
Last2 jumpa benda alah ni.. saya tak naik pun tapi ini kenderaan dua alam, dia pusing town and after that dia jadi feri kat laut.. Best kot naik ni, tpi belum ada masa lagi nak naik ni:) Tiket AUD$30 perhead.

Gold Coast Australia Day 5

27 Mei 2012 (Ahad)
Tiba lah kita pada hari terakhir percutian saya ke Gold Coast ini.. Apa yang paling mencabar bila ada di sana hari weekend ialah bunyi bising yang teramat sangat. ISLANDER RESORT ni boleh dikatakan terletak di tengah-tengah bandar dan bunyi bising diorng memang sampai ke pagi..
Nak dijadikan cerita, malam tu saya bangun jam 4pgi, boleh lagi terdengar diorang ni mabuk2, bising sangat! Sampai pkl 4pgi diorang masih tak tido lagi.. Kiranya smpai lampu kat hotel tu pecah diorang baling dengan botol arak!

 Ni gambar pemandangan dari balcony bilik, alhamdulillah, cuaca sangat baik dan kitorang pun suka sangat cuaca cam tu! Dekat sangat hotel ni dengan pantai.. yang hujung kebiru-biruan tu ialah pantai..
Tujuan hari terakhir adalah ke Harbour Town, tempat shopping terindah kat Gold Coast ni.. tak ramai orang, cuma cuaca panas sket time tu.. Alamat nyer cepat plak perut lapar dan apa lagi terus je serbu makan! Alhamduilillah kat sini ada cafe Halal, nama dia Kofte Burger, tapi ada juga jual makanan lain.. Burger saya yang kat atas ni nama dia Chicken Grilled Burger harga AUD$6.95. Jangan convert ok, pejam mata bayar sudah..
Ni lah rupa kat dalam harbor Town tu.. Ala-ala mcam kedai berderet gitu.. Setahu saya ada juga pasaraya Woolworth kat situ, cuma saya tak masuk pun. Tempat ni ada lebih kurang 120 buah kedai, semuanya berebut-rebut nak wat sales.. harga sebenrnarnya murah juga tapi duit kita kecil so darab-darab 3 harganya mahal juga, tapi apa yang penting kena bijak berbelanja kat sini k:)
Eh, tiba-tiba kat airport? Kenapa ye.. Sebab saya mmg dah flat gilos time ni, kepenatan and memang tak boleh nak ambil gambar mcm2 dah.. Balik dari Harbor Town pkl 3ptg, and driver will pick up kat hotel at 7pm, so sementara nak tunggu dia paick up kitorang jalan2 dlu around town, mmg dah penat sangat2, nak makan pun tak selera.. Ni pic adik saya.. ni kat Coogalatta Airport lah ni.. Airport nya besar juga, selesa and dia nyer officer ramah-ramah belaka, lebih ramah daripada yang kat Perth. 




Secara keseluruhan, saya mmg dapati percutian kat GC ni sangat berbaloi! If ada masa and rezeki apa salahnya pergi melancong. Tempatnya cantik, udara nyaman dan orangnya baik2 belaka.. Tapi itu lah percutian menstilah dirancang. 

5 things yang saya suka ttg GC ini ialah:
1) Muslim owners kat Sahara Kebab tu sangat baik! Masyaallah, hari terakhir kitorang makan situ dia blh bagi free fish and chips!
2) Cuaca nyaman , mmg best sangat2..
3) Pakaian ala-ala santai kat sini, nak gi masuk kedai pakai towel pn tak kisah.. Tak macam kat London yang sumenya pakai smart kasual belaka.
4) Orangnya baik2, ramah tamah
5) Harga perfume murah! tapi kenapa saya beli sebotol saja ye!!!
Insyaallah jika ada kesempatan lagi untuk saya kemana-mana lagi, nanti saya share kan ye.. If you all nak info apa2 just email me ok: shad_oasis@yahoo.co.uk. Insyallah yang boleh saya jawab, saya akan jawab:)

Wednesday, May 30, 2012

Vacation to Vietnam

Hi, good morning semua..
Bulan Mei 4 hingga ke 7 saya dan family ada ke Vietnam.  

Gambar yang diambil tak byk, sebab percutian pendek ni tujuan nyer untuk beli barang-barang untuk raya. Saya share mana yang ada je lah ye..

Ni masa kat hotel. Apa yang best, hotel tu sediakan free internet, tapi ada 1 PC je.. pandai2 lah nak guna ye.. Nama hotel ni Boss Hotel, Betul2 kat sebelah Baskin Robin Ice Cream and hanya beberapa langkah untuk ke Ben Thanh Market. Rate satu malam USD35 bilik untuk 4 orang.



Pemandangan lagi.. Macam biasa lah, motor memang bayk gilos.. kiranya if saya try nak ambik lesen kete kat Vietnam ni mesti gagal memanjang.. Hon tak sudah2 bunyi. Tapi kan kawan saya ada bgitau, if nak melintas, jangan dok tercegat berdiri kt tengah2 jalan tiba2, lintas je sampai ke habis..

Tak tau lah apa nama benda ni.

Ada sungai gak kat sini. Kat tengah2 bandar tu ada taman.
Ni pemandangan kat pekan dia.. Ni je lah saya sempat saya tangkap sepanjang 4 hari kat situ:)


Kat airport. Nak dijadikan cerita, masa saya sampai kat airport tu, awal tau.. Dah beratur tu, dok lah kat airport tu and tak terus masuk, last2 dah nak masuk tu, ramai pulak pelancong dari China yang tak faham bahasa.. Yelah, Vietnam dengan China ni tak berapa nak ngam sangat. Tiba time Imigresen chek saya tu, lepas dah.. Time tiba untuk adik, ibu and abah, dah tak lepas dah.. Punyalah lama saya tunggu. last2 saya masuk dulu..  pastu, time saya tengah tunggu diorang kat departure hall tu, rupa-rupanya ibu and adik saya sesat.. Pergi ke arah lain. Abah saya gi cari adik and ibu saya. Last2 dapat gak masuk pesawat.. Imigresen kat sini mcam c*laka sket..

Aras 2 Airport. Kat sini lah tempat ambil teksi VINASUN, teksi yang menggunakan meter sepenuhnya.



Apa yang best about Vietnam ialah:
1) Baju kurung murah-murah, tapi kena jugak pandai pilih sebab baju tu kain cotton mengecut.
2) Harga buah-buahan murah jugak dan manis-manis. Cuma if beli mangga basuh dulu sebelum makan, getah tu akan buat tekak gatal.
3) If stay kat hotel dekat dengan Ben Thanh boleh lah jalan kaki, siang malam ada pasar kat situ.
4) Ni memang saya langsung tak jangka, peniaga dah boleh berbahasa Melayu!
5) Orang Malaysia pun ramai kat situ.. 

Cuma kena beringat juga, harga makanan halal di sana mahal juga.. Tapi sekali sekala, nak bercuti, nak tak nak kena lah juga isi perut..

Tuesday, May 29, 2012

Bercuti Lagi!

Hi,
Tak sempat lagi nak upload gambar-gambar percutian saya. Mungkin dis week saya akan update percutian saya, sebab hari tu date 4hb smpai 7hb Mei 2012 saya ada ke Ho Chi Minh Vietnam dan baru-baru ni saya ada ke Gold Coast Australia..
Nanti if ada waktu free saya updatekan.. Nak cerita saja and tak letak gambar tak best lah pulak kan..
Alhamdulillah, perjalanan saya selamat dan sangat indah!
Saya pun rindu tau sebenarnya yang kongsi-kongsi cerita dalam blog ni.. Hehehe..

Sunday, May 13, 2012

Hari Paling Best!!

Hi..
Ini adalah entry yang telah dibaiki.. Cerita yang sama juga, tapi lain sket lah. sebab if saya baca entry yang lepas tu, Astagfirallah.. semput! Tak sempat-sempat tarik nafas, cerita kelam kabut. Mana nokhtah, mana titik, koma, sume caca merba jer..

Ye lah, sebab dah ada blog ni kena lah cerita betul-betul.. The main reason is saya excited sebenarnya.. Alhamdulillah, bersyukur kepada tuhan saya mencecah usia 27 tahun pada tahun ini. Tua dah rasanya.. Alhamdulillah, sekali lagi, panjang usia saya..
Cerita pasal date 12 Mei 2012 betul-betul buat saya teruja! Saya sangat berharap untuk Mr. Kiro datang ke Bangi untuk menyambut hari lahir bersama saya. lagipun, tarikh lahir kami yang berbza jauh, cuma tahun yang berbeza. 

Jadi, pada 12 Mei 2012 tu, petang-petang dalam pkl 3pm tu dapatlah masage minta saya ambil barang di Quicksilver Alamanda..

 Saya pun pergi, dengan berbekalkan RM30 yang dipinjam kerana saya ketiadaan wang, tebal jugak muka saya pinjam dari member.Sampai je kat depan kedai tu, mcm nak jatuh saya terkejut tau.. Mr. Kiro dah berdiri tercegat kat depan kedai tu! Pandai betul dia buat suprise!! Last-last kitorang ke The Garden kat Alamanda.. Best jugak tempat tu, makanan tu portion dia besar, boleh kongsi2. Saya dan Mr. Kiro time tu bajet tengah banyak, pulak tu dia yang belanja, macam2 mau makan.. Last2 tak habis. Membazir je kan.

Ini lah apa yang kitoang makan time tu..
Green Chicken Curry.. Sedap, tapi dia cepat kenyang, so tak habis..

My nasi lemak ayam rendang.. Besar sangat porion ni, RM15.90. Saya yang banyak makan ni pun tak boleh nak perabih!
Air entah apa ntah, ni dia punya.. RM9.90.
Hiasan kat dalam tu. Ada buaian siap..
Nasi makan dengan Green Chicken Curry
Ambil gambar tempat makan.. Tapi mana orangnyer..? Biarlah rahsia dulu:)

Dah penat jalan-jalan, beli lah benda ni.. Strawberry Milk Shake, my favourite! RM7 kat Big Apple. 
Sejujurnya, saya bukan lah seorang yang pandai buat suprise.. Tapi seronok dapat suprise. Saya lebih berterus terang, dan info saya sangat jelas. Bukan nk kata skema lah, tapi mcam skema lah jugak.. Hehehe..

13 Mei 2012
Ini cerita lain pulak.. Berdebar k pagi-pagi Mr. Kiro dah call dia kata nak datang rumah. Seram sejuk badan saya, tak senang duduk jugak, serba serbi tak kena.. Haaa.. kalau nak tau mcm tu lah perasaan saya first time bawak BF datang rumah jumpa family..
Tips first time bawa bf jumpa family? Ada juga.. Meh saya kongsi beberapa:-
1) First time jumpa benda yang paling mencabar adalah untuk saya sebenarnya, sebabnya saya adalah orang tengah yang menghubungkan BF saya dan family saya, jadi komunikasi yang berkesan sangat penting.
2) Time paling sesuai mestilah time makan.. hehehe
3) Jangan lah buat perangai macam waktu date kat luar, blh tepuk tampar suka-suka hati..
4) Akhir sekali, pakai lah pakaian yang sesuai dan selesa..

Ok? Ini adalah daripada pengalaman saya sendiri. If ada apa-apa yang kurang sesuai, saya minta maaf ye:)