Sunday, May 13, 2012

Hari Paling Best!!

Hi..
Ini adalah entry yang telah dibaiki.. Cerita yang sama juga, tapi lain sket lah. sebab if saya baca entry yang lepas tu, Astagfirallah.. semput! Tak sempat-sempat tarik nafas, cerita kelam kabut. Mana nokhtah, mana titik, koma, sume caca merba jer..

Ye lah, sebab dah ada blog ni kena lah cerita betul-betul.. The main reason is saya excited sebenarnya.. Alhamdulillah, bersyukur kepada tuhan saya mencecah usia 27 tahun pada tahun ini. Tua dah rasanya.. Alhamdulillah, sekali lagi, panjang usia saya..
Cerita pasal date 12 Mei 2012 betul-betul buat saya teruja! Saya sangat berharap untuk Mr. Kiro datang ke Bangi untuk menyambut hari lahir bersama saya. lagipun, tarikh lahir kami yang berbza jauh, cuma tahun yang berbeza. 

Jadi, pada 12 Mei 2012 tu, petang-petang dalam pkl 3pm tu dapatlah masage minta saya ambil barang di Quicksilver Alamanda..

 Saya pun pergi, dengan berbekalkan RM30 yang dipinjam kerana saya ketiadaan wang, tebal jugak muka saya pinjam dari member.Sampai je kat depan kedai tu, mcm nak jatuh saya terkejut tau.. Mr. Kiro dah berdiri tercegat kat depan kedai tu! Pandai betul dia buat suprise!! Last-last kitorang ke The Garden kat Alamanda.. Best jugak tempat tu, makanan tu portion dia besar, boleh kongsi2. Saya dan Mr. Kiro time tu bajet tengah banyak, pulak tu dia yang belanja, macam2 mau makan.. Last2 tak habis. Membazir je kan.

Ini lah apa yang kitoang makan time tu..
Green Chicken Curry.. Sedap, tapi dia cepat kenyang, so tak habis..

My nasi lemak ayam rendang.. Besar sangat porion ni, RM15.90. Saya yang banyak makan ni pun tak boleh nak perabih!
Air entah apa ntah, ni dia punya.. RM9.90.
Hiasan kat dalam tu. Ada buaian siap..
Nasi makan dengan Green Chicken Curry
Ambil gambar tempat makan.. Tapi mana orangnyer..? Biarlah rahsia dulu:)

Dah penat jalan-jalan, beli lah benda ni.. Strawberry Milk Shake, my favourite! RM7 kat Big Apple. 
Sejujurnya, saya bukan lah seorang yang pandai buat suprise.. Tapi seronok dapat suprise. Saya lebih berterus terang, dan info saya sangat jelas. Bukan nk kata skema lah, tapi mcam skema lah jugak.. Hehehe..

13 Mei 2012
Ini cerita lain pulak.. Berdebar k pagi-pagi Mr. Kiro dah call dia kata nak datang rumah. Seram sejuk badan saya, tak senang duduk jugak, serba serbi tak kena.. Haaa.. kalau nak tau mcm tu lah perasaan saya first time bawak BF datang rumah jumpa family..
Tips first time bawa bf jumpa family? Ada juga.. Meh saya kongsi beberapa:-
1) First time jumpa benda yang paling mencabar adalah untuk saya sebenarnya, sebabnya saya adalah orang tengah yang menghubungkan BF saya dan family saya, jadi komunikasi yang berkesan sangat penting.
2) Time paling sesuai mestilah time makan.. hehehe
3) Jangan lah buat perangai macam waktu date kat luar, blh tepuk tampar suka-suka hati..
4) Akhir sekali, pakai lah pakaian yang sesuai dan selesa..

Ok? Ini adalah daripada pengalaman saya sendiri. If ada apa-apa yang kurang sesuai, saya minta maaf ye:)




No comments:

Post a Comment