Sunday, June 3, 2012

Gold Coast Australia Day 2

24 Mei 2012 (Khamis)
Ok, ini hari kedua di GC.. Best rasnya bila dengar yang hari tu kami akan ke Movie World.. Tempat ni atas kerjasama dengan Warner Bros.. kiranya diorng lah jugak yang keluarkan kos untuk wat benda2 alah ni sume.. Tiket AUD79. Mula2 tu mmg dengar mcm mahal jer, pastu dah masuk rasa mcam impress lah jugak sebab best sangat, yang keduanya pasal kat sini safety sangat dititiberatkan.. Tu yang mcam konfiden je untuk maik macam2 tu..
Permulaan hari dimulakan dengan breakfast. Breakfast kat hotel, sebab nya mmg dh xde choice lain nak makan, so pilih je lah makanan yang tak berasakan daging kat hotel ni..
 Lepas je makan , terus kita tunggu kat depan hotel Grand Chancellor. Hotel ni taraf 3 bintang kiranya mcam best je lah if nak banding dengan hotel kitorang tu.. Ni pemandangan depan kedai souvernir..

Ni pemandangan lagi.. Arah belakang plak.. Hehehe..

Pemandangan depan hotel. Yang VEGAS tu nama night club diorang.. Jalan raya tenang, bersih sungguh tempat ni!
Saja je gatal2 nak ambil gambar:)

Ni pun area situ jugak. dah dekat dengan pantai dah tempat ni, so mmg kitorang jangka kedai baru nak dibuka walaupun cerah kat sana musim ni pkl6am.

Mmg saya berkenan btl dengan rumah ni.. mcm rumah traditional melayu je kan.. Ni di ambil waktu dalam perjalanan ke Movie World..

Entrance.

Wow! nampak je benda ni depan mata terus macam terpikir ada ke orang berani naik.. Nama roller coaster ni ESCAPE. pitam saya if naik benda ni.. tinggi sangat pastu berbelok2 n byk selekoh.. Sekarang ni kan roller coaster suka sgt wat reverse laju2.. Dah lah kita tgh gayat kat atas tu, pastu dia blh plak reverse2 kebelakang n berselekoh! Tiba waktu nak balik ptg tu, ramai plak yang beratur untuk naik benda ni..

Ni kat tengah2 tu lah.. Bayk kedai kiri dan kanan.. Blh cuci2 mata beli mana2 yang berkenan..

Baru nak masuk tgk tanyangan 4D. Best! Amazing gilos.. ye lah sebelum ni tgk 3D je kan, dah dpt tgk yang 4D rasa mcm teknologi tu tersangatlah hebat..

Saja2 je ambil gambar, ada pertunjukkan kereta lama.

Kereta lama lagi:)
Ni pertunjukkan kereta.. Sebnrnya yang show ni coop dengan Castrol.. Alah, yang minyak tu.. So hebatlah pertunjukkan kali ni. Byk suprise and ada jalan cerita yang tersendiri..
Ni adegan kejar mengejar polis dengan perompak kedai emas.

Kereta batman!

satu lagi tempat yang mmg nak letak kat dalam blog. Ada surau kat sini. Siap wat satu bangunan khas untuk surau. Dalam tu perfect, siap sejadah, and tempoat wudhu'..

Pekan koboi, yang dibuat real gilos.. siap dengan bagununan lama yang mcm nk runtuh, tulisan2 sume lama. cuma harga makanan je bukan mcm yang lama..
Saya naik ni! Macam nk melayang badan saya. Mmg feeling habis naik ni. takut! Sebelum tu blh plak dia reverse lagi. Saya ni mmg pantang kena reverse roller coaster tu, rasa mcm nak gugur jantung hati ni. Tinggi nyer benda ni. Ni pun sbb dh zoom ambil gambar, if tgk sndiri mmg tinggi sgt, lebih kurang mcm bangunan 15 tingkat..

Ni mcm biasa lah, demo show Batman, hero kita tu.. siap bwk kereta kebal dia and jadi penyelamat umat manusia, kononnya!

Guys sweetheart, Marilyn Monroe pun ada.. miang2 je dia dengan lelaki.

Ni yang budak2 punya, pun saya naik.. rasa mcam nak melayang lah jugak! Ni baru yang budak2 punya, belum lagi ESCAPE yang real kat depan pintu masuk tu lagi..

Batman nyer game. tinggi nyer bkn main. rasa mcm tak mampu nak naik sbb takut sgt, tapi bila dah balik tu rasa mcm rugi plak tak try..

last sekali ada pertunjukkan kereta berhias..

Macam biasa lah, entrance mesti kat gambar yang dh nak last2..
Green Latern.. waktu saya dtg ni tmpat ni ditutup. tak tau samada ada renovation or masih baru n belum dibuka..

On the way balik, time ni dh pkl 6ptg dah..
Permandangan dari bilik nyer balcony. Sepanjang saya dok situ, tak pernah nmpak lagi ada orang masuk swimming pool ni. Sejuk sgt!
Pemandangan waktu malam.. Mmg penat tapi best!

2 comments:

  1. try tak superman rolercoaster tuh? bile tgk bal;ik gambo u nih i pon terpikir camne dulu i boleh ternaik rolle coaster yg gilo camtu.. tapik scoobee doo lagik menyeramkan dan menggayatkan.. tasuke

    ReplyDelete
  2. Yup! Scoobe Doo tu seram jgk, yelah sebab ia kan kat dalam so kat luar tak nmpak seram. dh naik baru tau seram.. Hehehe.. Tak naik superman tu, takut!!

    ReplyDelete