Wednesday, August 17, 2011

Renungan-Tazkirah Terawikh



"Allah sesungguhnya telah memilih dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita bebanding apa yang kita pilih untuk diri sendiri"


Tersentap saya apabila imam menyebut ayat itu beberapa kali di dalam tazkirah tadi. Saya sedar betapa saya kurang berserah bahawa Allah sesungguhnya akan memberi apa yang terbaik buat diri saya.

Benar, ini adalah kerana di dalam perang Badar sendiri, Nabi s.a.w langsung tidak menjangka bahawa peperangan akan meletus di dalam bulan Ramadhan yang mulia, di mana ia pada mualnya hanya lah rancangan untuk merampas semula harta umat islam yang di jual oleh pihak musuh.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik berbanding apa yang dipilih sendiri.

Alhamdulillah, saya mendapat satu petunjuk yang sangat berharga buat diri saya apabila saya menjadi sebahagian daripada sidang jemaah yang mendengar tazkirah itu tadi.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment