Thursday, September 13, 2012

Percutian Perth, Australia

Hari tu adalah dok kemas-kemas laptop yang entah berapa lama dah tak format. Tiba-tiba terjumpa lah satu file Percutia ke Perth Australia. Dah lama dah ni, tahun 2010, dah lama kan. Tapi kegembiraan gi Perth tu masih terasa sampai sekarang ( Amboi!).. Betul tau.. Sampai sekarang terkenang-kenang..
Perth ni satu negeri kat West Australia, tempat nyer kecik je. Adalah bandar besar Melaka tu, tapi Perth ni banyak sangat gurun tau.. Cantik.. Bayangkan tempat yang cuaca sejuk tu ada gurun, angin tiup2 sampai boleh masuk mata debu2 pasir tu..

Time gi ni masa belajar lagi, jadi nak ucapkan terima kasih kepada abah tersayang yang sudi biaya percutian yang bermakna ni. Walaupun keluarga sederhana, tapi abah tetap cuba bagi apa yang kitorang suka, especially benda2 yang dapat buat kita berkumpul enjoy sama-sama ni..

Percutian ni memang tak dijangka, ,mulanya saay just surf website MAS, pastu dapat tix murah lah jugak. RM910 untuk all in fare naik MAS! Rembat lah 9 tiket. Yang best nyer tu memang dapat kerjasama daripada pegawai MAS tu untuk hold booking 3 hari sebab kredit card ada masalah.. Masa saya gi ni, pertukaran duit RM3.03= AUD1..
 Mekasih ye untuk abah...

Jom lah ye, tgk tour Perth ni sama-sama dengan saya.
Ni baru nak gi, excited lebih time ni, naik dari KLIA, sebab dapat rembat tiket murah MAS. Hehehe.. Yang baju belang-belang merah tu abah saya:)
Dah sampai hotel, dapat yang macam apartment untuk 5 orang! Yelah, adik beradik perempuan sume ada 5 orang, mmg ngam lah dok dalam 1 bilik.. Apartment ni ada ruang tamu, kichenette, and 5 single bed. Sebenarnya kitorang sampai malam, dapat makan malam kat hotel tu, so kenyang lah makan beriyani daging.

Dah pagi tu, sarapan kat hotel. Nama hotel tu Good Earth Hotel, ok je sumenyer, ramai jugak Malaysia stay kat sini, Indonesian pun ramai kat Perth ni..

Dah pagi tu, tour guide pun bawak kitorang ke Kings Park.. Tempat ni tak jauh dari hotel kitorang (tapi mengah jugak lah kalau nak jalan kaki).. Hehee.. tempat ni atas bukit, and ada jugak tempat peringatan untuk perajurit2 yang terkorban dalam peperangan..

Ni pemandangan.. Kings Park ni memang menjadi salah satu landmark untuk Perth. Setiap pelancong mesti datang ke sini.

Pokok yang tertua di dunia. Difahamkan pokok ni dipindahkan khas dari Afrika ke Perth ni sebab banjir di sana..

Gi Borougah Beach, kalau tak silap mcm tu lah ejaan nyer..

Hari-hari makan fish and chip, makan kat Cincerello's. Sedap. Satu portion ni harga dalam AUD12.

Madurah, tempat yang mesti gi, sebab dapat tengok dolphin kalau nasib baik and tempat rumah-rumah besar kat Perth ni. Kat belakang tu ferry yang kitorang naik.

Dalan ferry. ada tour guide bagi explaination. Time ni macam mendung so dolphin tak de..
Restoren yang ada kat Madurah kebayakkan nyer seafood restoren sebab dah dekat dengan laut jugak.

Kapal-kapal dari serata tempat datang belayar ke Madurah dan di park kat sini.

Rumah orang kaya Perth. boleh cecah sampai AUD6 billon sebijik!

setiap rumah memang ada dock and boat diorang sendiri..

Rumah orang kaya. Yang kat depan ni kayap.

Unik boat tu..

Nampak kan dock diorang tu, cantik rumah ni. and nampak laut. Ada jugak tour guide ni cite, kat sini pun ada rumah seorang hartawan dan politician Malaysia. Sapa dia, rahsia..

Jambatan Madurah

Dah smpai situ, balik tu kitorang di satu garden ni, kepunyaan orang situ, dia bukak sendiri taman ni. Ada miniature rumah kecik2.. Yang ni miniature rumah kelahiran Shakepears..

Miniature rumah. Ini rumah British kot..

Rumah kecik. Tadi rumah besar kan. sekarang rumah kecik. Keretapi tu boleh jalan ..

Ini miniature rumah Shakespears..

Ada jalan sesat, punyalah susah..

Dari atas boleh bagi direction orang yang kat dalam jalan sesat tu.. Penat tai kat sini, sebab kitorang kena bergerak aktif. Nak pakai high heels memang kurang sesuai..


 Dah balik dari garden tu, kami sume terus ke Conversham Park, tempat haiwan-haiwan dok.. Macam zoo lah jugak. Tempat ni pun kepunyaan persendirian..
Ini lah big payer percutian kami, tengah bagi kangaroo makan..

Ni lah rupa kangaroo tu.. Jinak and manja.

 Kangaroo nyer trivia yang mungkin anda tidak tahu:
1. Kangaroo boleh mengandungkan anak dia sampai 13 bulan 
2. Boleh pilih waktu apa nak lahirkan anak dia
3. Boleh pilih jantina anak dia
4. Anak boleh masuk poket bila-bila masa sampai besar pun boleh, tapi terpulang kat mak dia nk bawak ke tak nak
5. Sangat banyak kangaroo kat Australia, so if diorng terlanggar kangaroo kat tengah-tengah jalan, diorang tak kisah/heran sebab stok kangaroo sangat banyak
6. Saiz kangaroo ni besar..
Kaola bear.. Seronok betul masa dapat tengok kaola.. Sebab ingatkan kaola ni jinak2 lah boleh riba tapi jangan harap, ok. 
 Trivia Koala pulak:
1. Koala ni garang, kuku yang panjang and bengis. Boleh cakar-cakar orang jugak, sebab kuku bukan sahaja panjang, tetapi tebal dan tajam.
2. Asyik tido, tido dan tido.. Boleh tido sampai 3 hari.
3. Tak banyak koala di West Australia, tapi banyak di kawasan Melbourne. Yang ada ni pun di bawa khas dari Melbourne.. merasa jugak naik flight kau jah..
4. Sejenis haiwan yang malas.. kui, kui.. 

Jangan terkejut, jangan melatah.. Ini bukan bab*. tapi wombat. Haiwan ni jinak dan comel.. haiwan ini hanya terdapat di Australia dan dah hampir pupus..

Sesi mencukur bulu bebiri. Seorang 'pencukur' yang bagus adalah bila bulu tak putus, haiwan tak luka. Harga bulu yang putus lebih murah berbanding yang tak putus.

Sesi bersama penonton, bagi minum susu kat anak-anak kambing
Ha... ini pun kiotrang terkejut. Kat kilang arak. Tapi masuk pasal tour guide kata benda tu ada dalam itinerary. Datang sana, gi tandas dia je lah.

Depan kedai makan Indonesia..

Pemandangan kat situ, cantik cuaca waktu ni. Gi bulan 8 consider winter tapi tak lah ada salji sebab Perth ni memang negeri yang panas, orang dia pun mcam gelap2 sket..

Sesi makan-makan. Hujung tu our tour guide, Alan

Makan-makan, sume lapar.

Sesudah kenyang

Waktu malam, waktu ni baru pukul 6ptg.. dah gelap..

Suka suki

Tiba hari terakhir, shopping.. Ada sebuah jalan kat situ, memang untuk shopping, banyak kedai. Tapi kat sini kedai tutup pukul 5pm. and if ada kelab malam kena minta permission untuk buka sampai pukul 2pgi.

Lagi gambar shopping

Penat after shopping

Depan pasaraya target. Barang murah kat sini tapi palstic kena bayar 10pence.

Kedai banyak sale waktu ni,

bangunan unik, lorong yang sama jugak

Time dah nak balik. Hari terakhir

Nak balik singgah beli ole-ole.. kedai indonesian..
Percutian berjalan dengan amat lancar dan bahagia. Nak gi lagi tu perancangan masih ada, tapi rezeki $$$$ belum ada.. Kat sini kenderaan  dalam bandar percuma. Gambar yang takde dalam ni gambar gi Freemantle. Tempat tu tak jauh dah dari Perth, tempat tu ada penjara yang ditinggalkan dan dh lama tak pakai. Boleh gi melawat kat situ. Masuk pun percuma.
Ada ditunjukkan jugak patung-patung contoh untuk hukuman waktu dulu. Tapi penjara ni atas bukit so boleh nampak luas pemandangan laut tu..

Ok ye.. sehingga kita jumpa lagi, jaga diri sume. Kalau ada nk tanya apa-apa, email je saya k:)

13 comments:

  1. Assalam,nk tnya..u guna tour guide dr Perth ek? Tour guide mana ye? Brp utk 1pax?

    ReplyDelete
  2. Wasalam Feeza,
    Waktu shad ke sana tahun 2009, guna tour guide di sana. beli tour tu dri malaysia and harga utk per pax rm2331. tpi rasanya sekarang dh murah sket, try survey.. harga tu fullboard exc flight ticket.

    ReplyDelete



  3. salam. nak kongsi pengalaman bercuti di perth baru baru ni. kami sekeluarga 10 org semuanya menginap di mahira holiday homes. owner org islam malaysia. memang berbaloi dan harga berpatutan sebab saya dah puas survey harga hotel dan semuanya mahal belaka. mereka juga ada car rental. boleh contact 012330098. anak owner ada di kl.

    saya ambil fullboard pakej dari mereka. memang servis bagus. semuanya diuruskan. kita cuma naik kapal terbang dan jumpa org yang akan jemput kita di airport perth. pakej pun murah sahaja. puas saya survey., memang ni yg paling berbaloi.

    rasanya diaorg ada buat lagi full board pakej untuk tahun 2014. cubalah tanya .

    ReplyDelete
  4. as salam.....sy ada planning nk ke sana..nk cri kos yg tidak terlalu tinggi....ape nma agensi tu ye..no contct yg di bagi tidak dpt...rse cm x ckup 1 nombor...

    ReplyDelete
  5. Salam.mahira holiday homes 0123360098 .memang bagus .servis sgt baik. Saya br je pulang 6 januari lepas.saya tinggal di tmpt mereka.

    ReplyDelete
  6. Assalam. I nak thank semua blogger2 yg provide info ttg perth. Cuti sekolah last march i pi perth with family.total 13org. I booked kat mahira holiday homes.Ya Allah memang puas hati sgt la. Host/owner memang very helpful. Baby adik i demam panas and dia bwakan ke hospital emergency and sanggup tunggu berjam jam utk pastikan semuanya ok.syukur ada jumpa org msia kita yg baik dan prihatin mcm diaorg ni. Satu keluarga semua baik dan humble,very helpful infact. Bwa kami tour pun tak berkira masa.dlm itinerary patutnya blk kul 5 tp everyday pun blk pukul 6 atau 7. Memang satisfaction guaranteed la. Bagus servis diaorg.my parent memang puji habis.ni parent ikut trip diaorg ke nz august ni sbb service 6* !!thank u ya sbb ada yg introduce yg mahira holiday homes ni.appreciate sgt sgt

    ReplyDelete
  7. Assalam...nak dpt info lengkap tentang mana2 percutian & negara mana, bacalah forum cari.com. Bawah thread Hobi / penerbangan & pelancongan. Budget & backpack style.

    ReplyDelete
  8. salam...harge u dpt rm900 plus ni untuk sorang kan? and estimate budget untuk sorang tmasuk hotel n transport bape eh?

    ReplyDelete
  9. Hi saya baru blk dari perth. May 2015. Mula2 da booking dengan org kat australia.katanya muslim homestay dan siap ada supir service.kira murah la. Da byr semua lepas tu lg 2 minggu nak ke perth contact dia telefon tutup manjang. Hati da mula risau. So i pun startla cari2 option lain walaupun da byr kat mamat sorg tu yg cerita berapi rapi ttg kemurahan supir service dia siap buruk2kan company company lain . Sakit hati memang membuak buak. So i tanya beberapa kwn yg da pernah ke perth dengan siapa diaorg deal. Rata2 dlm 6-7 org i tanya, 5 org kata mahira

    Jadi i pun try contact puan siti, owner mahira. Subhanallah tak sangka la beliau mmg very helpful. Baik pulak bg la discount lagi lepas i cerita yg i kena tipu. Tp bagusnya diaorg yg mahira ni very professional. Tak de pula komen yg tak baik tentang mamat yg i cerita ni. Mmg berlainan sungguh dgn mamat supir ni sebelum dia lesap duit kami dia buruk2 kan company2 lain termasukla mahira. Lepas i selidik semua, mahira ni mmg company yg sah berlesen dgn kerajaan msia dan australia dan sgt la professional. Servis mmg tip top. Holiday bungalow milik diaorg mmg bagus dan lengkap semuanya dan sgt selesa.

    Saya nasihatkan berdasarkan pemgalaman saya supaya ambil or engaged with the right company.jgn jd mcm kami kena tipu hidup hidup dgn freelancer ni semua. Saya highly rekomen mahira travel n tours sdn bhd dan mahira holiday homes australia. Mmg terbaik !

    Puan siti 0123360098 - a very helpful person dia adjust according to your budget

    ReplyDelete
  10. Sy tgh study psl perth.asal bc blog jek akn jumpe org review psl mahira ni.bgs efficient helpful etc.tp yg peliknya setiap komen n jln cerita psl ank demm tuh sama jek wlaupun berlainn blog.haha.nmpk sgt.

    ReplyDelete
  11. Last year pg tanpa pakej seramai 6 org. total termasuk AA flight xsampai 1500, dlm 1300 je kot. masa tu tiket flight around 700. penginapan yg mahal. km sewa apartment yg blh masak, dlm 500/night tp bila bagi2 6 org xterasa sgt. mlm masak, siang makan kedai arab n indon sbb siang hari mmg kuar jalan. byk halal restoren. nk bergerak g mana2 mudah sbb free bus, rujuk je peta pastu naik turun bas. ada beza bus ijau biru merah, rujuk peta bas tu laluan mana. nak jalan2 tempat tourist atraction naik hop on hop off bus, kena byr tiket 24hours or 48hours. puas hati sb mmg dia stop tempat wajib pelancong, blh beli kot Viator or mana2. nak g Fremantle naik free bus ke train station, pastu naik tren. sampai fremantle jln2 je nk beli cenderamata ke nak mkn chicken chop ke. hop on hop of pon ada tp cam tak berbaloi kat fremantle, kl perth city ok. g caversham naik teksi yg booking dr malaysia (mudah je website dorg efficient). Teksi tu yg pickup dr airport ke apartment. so teksi just airport-apt transfer n masa nak g caversham saja.. public transpot sana sgt effcint. best g sana sbb perth je tiket yg murah tempat2 lain mahal..huhu. igt nak g lagi sbb aritu shopping, city sightseeing, fremantle n caversham saja. nak try g gurun2 plk

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, baca kena tipu kat freelance yg org malaysia tu risau jugak, nak p perth hujug tahun ni, boleh tak yg kena tipu bagitau nama mamat tu, email me azahh2@gmail.com ya pleaseeee

    ReplyDelete
  13. Bestnyer..teringin nk g perth with family..agak2 brp bajet eak persrg..hjg tahun on dec cuaca mcm mn kt sana.kn plan.hope dpt dgr information from u.tq

    ReplyDelete