Tuesday, September 25, 2012

Bercuti Sabak Bernam Day 2


Hari kedua, bangun pagi-pagi terus tengok laut.. Cantik sangat tau tempat ni, kebesaran tuhan kan.. memang saya sngat suka tempat ni. Time macam gerimis sket, tapi tetap nyaman gitu.. Ada gak nampak nelayan yang sibuk tangkap ikan guna bot kat tengah2 laut tu.. Time ni air pasang tapi macam nk suru sket2 dah..
Pemandangan dari Chalet. Belah sana tu macam pantai, tapi air sini tak boleh mandi..
Pemandangan ke laut..

Pemandangan dekat-dekat chalet

Time nak kuar gi beli sarapan

Sekitar chalet

Pemandangan tempat jualan sarapan pagi. dekat je, lagipun pemandangan kampung ni cantik

Pak cik jual roti canai.. 80sen sekeping

Kuih 4 biji seringgit. Mana lah nak dapat harga tu lagi kat KL skrng ni kan..

Jenis-jenis kuih traditional yang dijual..

Lepas beli kuih, kitrang teringin lah nak kunyah-kunyah kerepek. so singgah lah kejap kat tempat jualan kerepek.

Time nak balik dah ni, Petang. Lalu kat tempat orang jual ikan masin, area dekat-dekat situ jugak..

Masa nak balik tu singgah tempat makan kat Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Makan mi udang and rehat-rehat..

Mak ayah saya:)

Ini lah mi udang yang sedap tu. Sepinggan RM5.50. Mak saya kata kualiti dah kurang bebanding dengan mak saya makan dlu.. Bagi saya yang x kisah ni, ok je rasa dia.. hehehe..

Abah saya kata nasi goreng ni lagi sedap dari mi udang. Tapi TAK MOH makan mi or nasi, sebab takut diet ke laut.. Tau apa yang saya makan? Mi udang punyer kuah, kuah sahaja ok, RM5.00..


Lepas je makan, terus saya ke pantai, saja duduk2.. Best jugak. Tapi yang paling best ialah saya dapat tengok tempat kesukaan yang saya impikan untuk pergi iaitu Kelong Paradise... best nyer kalau dapat gi sana, naik bot!
Tapi belum ada rezeki, so tunggu lah nanti if nak gi, sebab perjalanan ke Sabak Bernam ni bukan dekat, jauh jugak..
Insyallah jika ada kelapangan nk je saya ke sini lagi. Tempat ni best and sesuai untuk percutian keluarga.

2 comments:

  1. hehehe ni kg hubby ni... port tempat shoot gambar sunset....

    ReplyDelete
  2. Hi Aiza.. beruntung husband Aiza sebab asal dari kampung yang cantik ni..

    ReplyDelete