Friday, June 8, 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, terima kasih sebab saya masih bernafas, syukur saya kerana mempunyai segala-galanya.. Walaupun tidak lah semewah mana, tapi saya rasa cukup dengan kurniaan-Nya.
Keluarga yang sangat harmoni, kawan-kawan yang baik dan juga sweetheart yang memahami saya, membuatkan saya rasa amat bersyukur dan berterima kasih.

Saya masih teringat-ingat kat budak ni.. Ali Kassim nama nya, anak orang Turkey yang tuan punya kedai kebab masa kat Gold Coast ..
Terima kasih Allah, terima kasih..

Sunday, June 3, 2012

Gold Coast Australia Day 1

23 Mei 2012 (Rabu)
Hi! Ini lah cerita percutian saya ke Gold Coast Australia! Panggil GC je lah ye.. Saya sebenarnya dh lama merancang untuk percutian ni. Apa yang best nyer, ini baru pertama kali saya ke GC dan ada jugak yang tak best.. yang tak best ialah ibu dan Atiqah tak dapat nak join sebab atiqah baru beberapa hari operation.. Insyaallah if atiqah dah sihat lain kali boleh pergi ye..
Saya book tiket since Dec 2011. dapat harga seorang dalam RM700 pergi balik. Kira mcm dh ok, terus je book untuk 6 orang. 
Ground kitorang ambil dengan Rakyat Travel, RM1550 sekepala utk 5hari 4malam. all in kecuali makan tghri and malam.. Tu lah.. yang saya sedihnya dia beritahu untuk dapatkan saya apartment . Tapi dia bagitau last minit apartment dh fully book. Saya sendiri perlu maklumkan kepada pihak hotel untuk ambil apartment.. boleh pulak mcam tu ye..

Ok, so skrng marilah saya nak kongsi ttg percutian saya ke GC kali ni..
Ni masa baru nak chek in. Saya xde ambil extra luggage , rupa2 nya x perlu lah beratur bagai..
Ni waktu yang tgh beratur, silap.. patutnya terus ke document chek counter..
Ni kat document chek counter, punyalah lama kami tunggu dia wat.. Dah chek in awal-awal kat internet so boleh terus dapatkan boarding pass kat cni..
Dah nak masuk flight.. Time ni excited jugak lah, nervous pun ada, sebab ibu xde so apa yang dirancang ni semua risiko tanggung sndiri..
Ni lasagna dalam flight airasia D7 202.. Sedap jugak lah.. tapi rasanya masa flight ke UK dlu lagi sedap.. Dah x sedap sgt dah lasagna ni..
Dalam flight , 8 jam.. Lama btl rasanya..
Time dah smpai, cuaca sejuk, tapi 18darjah, satu van dengan Malaysian Chinese.
Depan hotel ni ada bar..
Chek in dalam bilik. Bilik bersih dan lengkap segala..
Sebelah tu je, dalam 10 langkah ada Maharani restaurant. Malaysian owner, x singgah pun sebab macam malap je.. Lagipun I was reading a few bad review, so x payah lah makan sini.
Night view at main road Suffer Paradise, Gold Coast. Cuaca sejuk sgt waktu ni..
Kat restoren Sahara Kebab. Owner dia turkey. Baik sgt owner ni. Last2 blh plak jadi member abah.. Thanks to Murad and Friends.. Sahara Kebab in Heart:)
Dia nyer Fish and Chip. Untuk 6 orang we all order 4 set je, portion besar, satu set AUD7.50.
Diorng mmg suka berhibur. tgh kiotang makan diorng main gendang hiburkan tetamu:)
Dah kenyang, lepak2 jap tgk pemndangan malam..
Kat depan Sahara kebab Suffer Paradise. Highly recomended!
Dalam hotel. dia nyer toiletries
Tempat mandi
Bilik for 3 person
Night view. Depan ni ada Hilton and Soul.
Dalam bilik cenggini ler rupanya.. Nak dijadikan cerita yang orang agensi tu bgitau dia kata aprtment dh xde.. last2 saya tanya sndiri pada receptionist dia kata ada beberapa lagi bilik apartment kosong jadi kitorng boleh ambil dengan bayaran tambahan AUD30 pernight.

Tipu je kan, x elok tau..
Night view hala ke Beach
Town:)
Good night:)

Gold Coast Australia Day 2

24 Mei 2012 (Khamis)
Ok, ini hari kedua di GC.. Best rasnya bila dengar yang hari tu kami akan ke Movie World.. Tempat ni atas kerjasama dengan Warner Bros.. kiranya diorng lah jugak yang keluarkan kos untuk wat benda2 alah ni sume.. Tiket AUD79. Mula2 tu mmg dengar mcm mahal jer, pastu dah masuk rasa mcam impress lah jugak sebab best sangat, yang keduanya pasal kat sini safety sangat dititiberatkan.. Tu yang mcam konfiden je untuk maik macam2 tu..
Permulaan hari dimulakan dengan breakfast. Breakfast kat hotel, sebab nya mmg dh xde choice lain nak makan, so pilih je lah makanan yang tak berasakan daging kat hotel ni..
 Lepas je makan , terus kita tunggu kat depan hotel Grand Chancellor. Hotel ni taraf 3 bintang kiranya mcam best je lah if nak banding dengan hotel kitorang tu.. Ni pemandangan depan kedai souvernir..

Ni pemandangan lagi.. Arah belakang plak.. Hehehe..

Pemandangan depan hotel. Yang VEGAS tu nama night club diorang.. Jalan raya tenang, bersih sungguh tempat ni!
Saja je gatal2 nak ambil gambar:)

Ni pun area situ jugak. dah dekat dengan pantai dah tempat ni, so mmg kitorang jangka kedai baru nak dibuka walaupun cerah kat sana musim ni pkl6am.

Mmg saya berkenan btl dengan rumah ni.. mcm rumah traditional melayu je kan.. Ni di ambil waktu dalam perjalanan ke Movie World..

Entrance.

Wow! nampak je benda ni depan mata terus macam terpikir ada ke orang berani naik.. Nama roller coaster ni ESCAPE. pitam saya if naik benda ni.. tinggi sangat pastu berbelok2 n byk selekoh.. Sekarang ni kan roller coaster suka sgt wat reverse laju2.. Dah lah kita tgh gayat kat atas tu, pastu dia blh plak reverse2 kebelakang n berselekoh! Tiba waktu nak balik ptg tu, ramai plak yang beratur untuk naik benda ni..

Ni kat tengah2 tu lah.. Bayk kedai kiri dan kanan.. Blh cuci2 mata beli mana2 yang berkenan..

Baru nak masuk tgk tanyangan 4D. Best! Amazing gilos.. ye lah sebelum ni tgk 3D je kan, dah dpt tgk yang 4D rasa mcm teknologi tu tersangatlah hebat..

Saja2 je ambil gambar, ada pertunjukkan kereta lama.

Kereta lama lagi:)
Ni pertunjukkan kereta.. Sebnrnya yang show ni coop dengan Castrol.. Alah, yang minyak tu.. So hebatlah pertunjukkan kali ni. Byk suprise and ada jalan cerita yang tersendiri..
Ni adegan kejar mengejar polis dengan perompak kedai emas.

Kereta batman!

satu lagi tempat yang mmg nak letak kat dalam blog. Ada surau kat sini. Siap wat satu bangunan khas untuk surau. Dalam tu perfect, siap sejadah, and tempoat wudhu'..

Pekan koboi, yang dibuat real gilos.. siap dengan bagununan lama yang mcm nk runtuh, tulisan2 sume lama. cuma harga makanan je bukan mcm yang lama..
Saya naik ni! Macam nk melayang badan saya. Mmg feeling habis naik ni. takut! Sebelum tu blh plak dia reverse lagi. Saya ni mmg pantang kena reverse roller coaster tu, rasa mcm nak gugur jantung hati ni. Tinggi nyer benda ni. Ni pun sbb dh zoom ambil gambar, if tgk sndiri mmg tinggi sgt, lebih kurang mcm bangunan 15 tingkat..

Ni mcm biasa lah, demo show Batman, hero kita tu.. siap bwk kereta kebal dia and jadi penyelamat umat manusia, kononnya!

Guys sweetheart, Marilyn Monroe pun ada.. miang2 je dia dengan lelaki.

Ni yang budak2 punya, pun saya naik.. rasa mcam nak melayang lah jugak! Ni baru yang budak2 punya, belum lagi ESCAPE yang real kat depan pintu masuk tu lagi..

Batman nyer game. tinggi nyer bkn main. rasa mcm tak mampu nak naik sbb takut sgt, tapi bila dah balik tu rasa mcm rugi plak tak try..

last sekali ada pertunjukkan kereta berhias..

Macam biasa lah, entrance mesti kat gambar yang dh nak last2..
Green Latern.. waktu saya dtg ni tmpat ni ditutup. tak tau samada ada renovation or masih baru n belum dibuka..

On the way balik, time ni dh pkl 6ptg dah..
Permandangan dari bilik nyer balcony. Sepanjang saya dok situ, tak pernah nmpak lagi ada orang masuk swimming pool ni. Sejuk sgt!
Pemandangan waktu malam.. Mmg penat tapi best!