Tuesday, September 25, 2012

Bercuti Sabak Bernam Day 2


Hari kedua, bangun pagi-pagi terus tengok laut.. Cantik sangat tau tempat ni, kebesaran tuhan kan.. memang saya sngat suka tempat ni. Time macam gerimis sket, tapi tetap nyaman gitu.. Ada gak nampak nelayan yang sibuk tangkap ikan guna bot kat tengah2 laut tu.. Time ni air pasang tapi macam nk suru sket2 dah..
Pemandangan dari Chalet. Belah sana tu macam pantai, tapi air sini tak boleh mandi..
Pemandangan ke laut..

Pemandangan dekat-dekat chalet

Time nak kuar gi beli sarapan

Sekitar chalet

Pemandangan tempat jualan sarapan pagi. dekat je, lagipun pemandangan kampung ni cantik

Pak cik jual roti canai.. 80sen sekeping

Kuih 4 biji seringgit. Mana lah nak dapat harga tu lagi kat KL skrng ni kan..

Jenis-jenis kuih traditional yang dijual..

Lepas beli kuih, kitrang teringin lah nak kunyah-kunyah kerepek. so singgah lah kejap kat tempat jualan kerepek.

Time nak balik dah ni, Petang. Lalu kat tempat orang jual ikan masin, area dekat-dekat situ jugak..

Masa nak balik tu singgah tempat makan kat Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Makan mi udang and rehat-rehat..

Mak ayah saya:)

Ini lah mi udang yang sedap tu. Sepinggan RM5.50. Mak saya kata kualiti dah kurang bebanding dengan mak saya makan dlu.. Bagi saya yang x kisah ni, ok je rasa dia.. hehehe..

Abah saya kata nasi goreng ni lagi sedap dari mi udang. Tapi TAK MOH makan mi or nasi, sebab takut diet ke laut.. Tau apa yang saya makan? Mi udang punyer kuah, kuah sahaja ok, RM5.00..


Lepas je makan, terus saya ke pantai, saja duduk2.. Best jugak. Tapi yang paling best ialah saya dapat tengok tempat kesukaan yang saya impikan untuk pergi iaitu Kelong Paradise... best nyer kalau dapat gi sana, naik bot!
Tapi belum ada rezeki, so tunggu lah nanti if nak gi, sebab perjalanan ke Sabak Bernam ni bukan dekat, jauh jugak..
Insyallah jika ada kelapangan nk je saya ke sini lagi. Tempat ni best and sesuai untuk percutian keluarga.

Bercuti Sabak Bernam Day 1


Bersempena dengan cuti Hari Malaysia hari tu, saya and family gi bercuti kat D'Muara Haji Dorani kat Sabak Bernam,, Dalam 3- 4 jam jugak lah perjalanan dari Putrajaya.. naik 2 kereta ke sana, sebab family besar kan.. 
So kami sampai dalam pukul 4ptg cam tu. Singgah makan kejap kat Kuala Selangor, makanan yang sedap, tapi apa kan daya, diriku sedang diet, maka tak boleh lah melantak, takut diet ke laut..
Ikutkan dalam website chalet ni, kitorang kena book 3 bulan sebelum.. rupa2 nya sebab chalet ni ada 13 unit je, and most of the time, musim cuti sume penuh..
Harga untuk hari cuti, chalet mengahdap ke laut RM170 semalam and RM150 untuk hadap ke kampung.. Ok, ni ada gambar-gambar sket, boleh lah tengok, and sapa2 yang nak gi tu, boleh lah gi sebab tempat nya sangat lah nyaman..


Belakang tu gambar chalet2 yang terdapat kat D'Muara Haji Dorani. Susun atur sume lebih kurang sama, tapi yang paling hujung tu kena jalan jauh sket sebab pintu masuk cuma ada satu je..

Matahari terbenam kat sini
Malam tu kitorang gi makan kat Restoren chalet ni,, Tak sedap tau.. Mahal jugak tu, Rata-rata pengunjung chalet tu kata restoren ni tak sedap masakannya..

Beli secara pakej mkanan tu, so ini lah se jug air mangga..

Lauk-lauk

Kangkung

Lauk, tak tau rasa apa.. lain jer..

Clear sup yang tak best langsung.

Dapatlah pastu puding mangga

Telur
Pastu, malam tu, dah lepas je makan, balik hotel, terus je tido.. Hehehe.. Suka sangat tempat ni, Tapi kalau nk gi makan sini, mmg tak recomended lah.. baik gi jauh sket sebab boleh makan yang mungkin lebih sedap daripada yang ini.

Sunday, September 23, 2012

Pavlova In The House!!

Hi..
Hari tu kan saya buat Pavlova! Dah lama nak wat, tapi asyik tangguh dan tangguh (sebenarnya kurang konfiden.. hehhee). So hari raya ketiga wat lah pavlova ni, cuma ye lah.. baru pertama kali wat ada juga cacat cela nyer.. Tapi elok kalau saya belajar wat lagi kan.
Resepi mmg saya lupa and itu pn saya ambil daripada blog orang lain.. if nnti saya dah jumpa balik resepi tu boleh pakai lagi untuk second pavlova..
Apa yang kureng nyer ialah pavlova saya hangit di bwh nyer.. suhu kuat and derhaka pada resepi tu.. untuk satu adunan tu perlu dibakar 1 jam, jadi saya bahagi 1 adunan kepada dua bahagian, and bakar untuk 1 jam jugak.. salah kan. sepatutnya bakar suhu 30 minit lebih sket je..
x apa lah.. boleh je dimakan, tapi nak tanggalkan kertas bawah tu susah sket jugak.. skrng ni ada jgk nk tgk tips macam mana nak remove paper kat bwh waktu bake pavlova ni.




Thursday, September 13, 2012

Percutian Perth, Australia

Hari tu adalah dok kemas-kemas laptop yang entah berapa lama dah tak format. Tiba-tiba terjumpa lah satu file Percutia ke Perth Australia. Dah lama dah ni, tahun 2010, dah lama kan. Tapi kegembiraan gi Perth tu masih terasa sampai sekarang ( Amboi!).. Betul tau.. Sampai sekarang terkenang-kenang..
Perth ni satu negeri kat West Australia, tempat nyer kecik je. Adalah bandar besar Melaka tu, tapi Perth ni banyak sangat gurun tau.. Cantik.. Bayangkan tempat yang cuaca sejuk tu ada gurun, angin tiup2 sampai boleh masuk mata debu2 pasir tu..

Time gi ni masa belajar lagi, jadi nak ucapkan terima kasih kepada abah tersayang yang sudi biaya percutian yang bermakna ni. Walaupun keluarga sederhana, tapi abah tetap cuba bagi apa yang kitorang suka, especially benda2 yang dapat buat kita berkumpul enjoy sama-sama ni..

Percutian ni memang tak dijangka, ,mulanya saay just surf website MAS, pastu dapat tix murah lah jugak. RM910 untuk all in fare naik MAS! Rembat lah 9 tiket. Yang best nyer tu memang dapat kerjasama daripada pegawai MAS tu untuk hold booking 3 hari sebab kredit card ada masalah.. Masa saya gi ni, pertukaran duit RM3.03= AUD1..
 Mekasih ye untuk abah...

Jom lah ye, tgk tour Perth ni sama-sama dengan saya.
Ni baru nak gi, excited lebih time ni, naik dari KLIA, sebab dapat rembat tiket murah MAS. Hehehe.. Yang baju belang-belang merah tu abah saya:)
Dah sampai hotel, dapat yang macam apartment untuk 5 orang! Yelah, adik beradik perempuan sume ada 5 orang, mmg ngam lah dok dalam 1 bilik.. Apartment ni ada ruang tamu, kichenette, and 5 single bed. Sebenarnya kitorang sampai malam, dapat makan malam kat hotel tu, so kenyang lah makan beriyani daging.

Dah pagi tu, sarapan kat hotel. Nama hotel tu Good Earth Hotel, ok je sumenyer, ramai jugak Malaysia stay kat sini, Indonesian pun ramai kat Perth ni..

Dah pagi tu, tour guide pun bawak kitorang ke Kings Park.. Tempat ni tak jauh dari hotel kitorang (tapi mengah jugak lah kalau nak jalan kaki).. Hehee.. tempat ni atas bukit, and ada jugak tempat peringatan untuk perajurit2 yang terkorban dalam peperangan..

Ni pemandangan.. Kings Park ni memang menjadi salah satu landmark untuk Perth. Setiap pelancong mesti datang ke sini.

Pokok yang tertua di dunia. Difahamkan pokok ni dipindahkan khas dari Afrika ke Perth ni sebab banjir di sana..

Gi Borougah Beach, kalau tak silap mcm tu lah ejaan nyer..

Hari-hari makan fish and chip, makan kat Cincerello's. Sedap. Satu portion ni harga dalam AUD12.

Madurah, tempat yang mesti gi, sebab dapat tengok dolphin kalau nasib baik and tempat rumah-rumah besar kat Perth ni. Kat belakang tu ferry yang kitorang naik.

Dalan ferry. ada tour guide bagi explaination. Time ni macam mendung so dolphin tak de..
Restoren yang ada kat Madurah kebayakkan nyer seafood restoren sebab dah dekat dengan laut jugak.

Kapal-kapal dari serata tempat datang belayar ke Madurah dan di park kat sini.

Rumah orang kaya Perth. boleh cecah sampai AUD6 billon sebijik!

setiap rumah memang ada dock and boat diorang sendiri..

Rumah orang kaya. Yang kat depan ni kayap.

Unik boat tu..

Nampak kan dock diorang tu, cantik rumah ni. and nampak laut. Ada jugak tour guide ni cite, kat sini pun ada rumah seorang hartawan dan politician Malaysia. Sapa dia, rahsia..

Jambatan Madurah

Dah smpai situ, balik tu kitorang di satu garden ni, kepunyaan orang situ, dia bukak sendiri taman ni. Ada miniature rumah kecik2.. Yang ni miniature rumah kelahiran Shakepears..

Miniature rumah. Ini rumah British kot..

Rumah kecik. Tadi rumah besar kan. sekarang rumah kecik. Keretapi tu boleh jalan ..

Ini miniature rumah Shakespears..

Ada jalan sesat, punyalah susah..

Dari atas boleh bagi direction orang yang kat dalam jalan sesat tu.. Penat tai kat sini, sebab kitorang kena bergerak aktif. Nak pakai high heels memang kurang sesuai..


 Dah balik dari garden tu, kami sume terus ke Conversham Park, tempat haiwan-haiwan dok.. Macam zoo lah jugak. Tempat ni pun kepunyaan persendirian..
Ini lah big payer percutian kami, tengah bagi kangaroo makan..

Ni lah rupa kangaroo tu.. Jinak and manja.

 Kangaroo nyer trivia yang mungkin anda tidak tahu:
1. Kangaroo boleh mengandungkan anak dia sampai 13 bulan 
2. Boleh pilih waktu apa nak lahirkan anak dia
3. Boleh pilih jantina anak dia
4. Anak boleh masuk poket bila-bila masa sampai besar pun boleh, tapi terpulang kat mak dia nk bawak ke tak nak
5. Sangat banyak kangaroo kat Australia, so if diorng terlanggar kangaroo kat tengah-tengah jalan, diorang tak kisah/heran sebab stok kangaroo sangat banyak
6. Saiz kangaroo ni besar..
Kaola bear.. Seronok betul masa dapat tengok kaola.. Sebab ingatkan kaola ni jinak2 lah boleh riba tapi jangan harap, ok. 
 Trivia Koala pulak:
1. Koala ni garang, kuku yang panjang and bengis. Boleh cakar-cakar orang jugak, sebab kuku bukan sahaja panjang, tetapi tebal dan tajam.
2. Asyik tido, tido dan tido.. Boleh tido sampai 3 hari.
3. Tak banyak koala di West Australia, tapi banyak di kawasan Melbourne. Yang ada ni pun di bawa khas dari Melbourne.. merasa jugak naik flight kau jah..
4. Sejenis haiwan yang malas.. kui, kui.. 

Jangan terkejut, jangan melatah.. Ini bukan bab*. tapi wombat. Haiwan ni jinak dan comel.. haiwan ini hanya terdapat di Australia dan dah hampir pupus..

Sesi mencukur bulu bebiri. Seorang 'pencukur' yang bagus adalah bila bulu tak putus, haiwan tak luka. Harga bulu yang putus lebih murah berbanding yang tak putus.

Sesi bersama penonton, bagi minum susu kat anak-anak kambing
Ha... ini pun kiotrang terkejut. Kat kilang arak. Tapi masuk pasal tour guide kata benda tu ada dalam itinerary. Datang sana, gi tandas dia je lah.

Depan kedai makan Indonesia..

Pemandangan kat situ, cantik cuaca waktu ni. Gi bulan 8 consider winter tapi tak lah ada salji sebab Perth ni memang negeri yang panas, orang dia pun mcam gelap2 sket..

Sesi makan-makan. Hujung tu our tour guide, Alan

Makan-makan, sume lapar.

Sesudah kenyang

Waktu malam, waktu ni baru pukul 6ptg.. dah gelap..

Suka suki

Tiba hari terakhir, shopping.. Ada sebuah jalan kat situ, memang untuk shopping, banyak kedai. Tapi kat sini kedai tutup pukul 5pm. and if ada kelab malam kena minta permission untuk buka sampai pukul 2pgi.

Lagi gambar shopping

Penat after shopping

Depan pasaraya target. Barang murah kat sini tapi palstic kena bayar 10pence.

Kedai banyak sale waktu ni,

bangunan unik, lorong yang sama jugak

Time dah nak balik. Hari terakhir

Nak balik singgah beli ole-ole.. kedai indonesian..
Percutian berjalan dengan amat lancar dan bahagia. Nak gi lagi tu perancangan masih ada, tapi rezeki $$$$ belum ada.. Kat sini kenderaan  dalam bandar percuma. Gambar yang takde dalam ni gambar gi Freemantle. Tempat tu tak jauh dah dari Perth, tempat tu ada penjara yang ditinggalkan dan dh lama tak pakai. Boleh gi melawat kat situ. Masuk pun percuma.
Ada ditunjukkan jugak patung-patung contoh untuk hukuman waktu dulu. Tapi penjara ni atas bukit so boleh nampak luas pemandangan laut tu..

Ok ye.. sehingga kita jumpa lagi, jaga diri sume. Kalau ada nk tanya apa-apa, email je saya k:)