Monday, July 16, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Macam nak berbahasa Arab pulak ye..
Menjelang Ramadhan yang mulia ini, saya amat berharap agar peluang untuk berdoa, memohon apa2 saja akan digunakan sebaik-baiknya oleh saya.
Sekadar sedikit perkognsian ilmu, fenomena di mana sebelum menjelangnya Ramadhan, akan kita lihat tempat-tempat makan penuh, pelbagai juadah dimakan dan itu tidak termasuk lagi dengan kepelbagaian hidangan semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu sebelum Ramadhan.. Alasannya, makan dulu puas-puas, nanti bulan puasa tak boleh nak makan. Masa saya tidak tahu dahulu, ada juga saya buat perangai macam itu, tetapi sebaik sahaja saya diberitahu oleh ibu saya bahawa sikap sebegitu menunjukkan sikap manusia yang takut akan kedatangan Ramadhan, maka dengan itu saya tidak ulangi nya lagi.
Kecuali, bagi yang menggunakan taktik ini sebahagian untuk mengajar anak-anak berpuasa, mungkin ini adalah sebahagian daripada cara yang telah anda pilih, Allahu Allam.
Semoga kita dijauhi daripada tergolong dalam orang yang takut akan kedatangan Ramadhan. (Gambar Google)
Hari ini hari lahir adik saya, Atiqah. Ingat Atiqah? dia yang pernah menghidapi sakit kanser tulang. Alhamdulillah, sudah beransur sembuh walaupun masih menjalani rawatan. Semoga panjang usia Atiqah dan kami sekeluarga redha dengan ujian yang diberikan Allah swt..

No comments:

Post a Comment