Friday, November 30, 2012

Suzaini's Wedding Day

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah seorang rakan saya telah selamat diijabkabul dengan pilihan hatinya:)

Wedding ini saya pergi dengan Watie, tempat kat Sungai Merab Kajang.. Makanan yang dihidangkan, Masyaallah.. sedap sangat.. lauk pulak banyak pilihan.

Kepada Suzaini, selamat melayari rumahtangga dengan bahagia dan semoga kasih anda sebagai sepasang suami isteri kekal hingga ke syurga.

(Memang betul-betul marathon kenduri kawen minggu tu..)










:)

Tuesday, October 23, 2012

Sambutan Hari Lahir Ibu

Last 9th Oct 2012, was my ibu's birthday!
Sambut biasa2 je, sederhana tapi cukup makan.. Hari kerja waktu tu, jadi tak sempat nak masak-masak bagai, just ada fast food je k.
Kami semua beradik 6 orang, cuma qilah yang takde. Beli dalam 12pcs ayam goreng McD Spicy, Cake from Secret Recipe Chocolate Strawberry n Pizza Hut 3 keping pelbagai topping..
Ini lah gambar-gambar nyer
Cake Strawberry Chocolate from Secret Recipe. Berat juga kek ni dalam 2+ kg

Pizza
Pizza

Pizza. I ordered pizza thru online. I manage to get my pizza at the time that I could pick the pizza from the outlet, because my house is not in their delivery coverage

Pizza again.

All that we had
.

Present for ibu:)

 Selamat hari lahir ibu, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Thank you sebab jadi ibu yang baik kepada kitorang...

Monday, October 22, 2012

Semoga Berjaya, Aqilah!

A few weeks ago (sbnarnya ini entry dah kira basi lah jugak..) ada hantar kilah ke KLIA untuk dia sambung belajar pengajian medic dia di Mesir.. Alhamdulillah, beberapa jam pas tu kira SMS dia kata dh selamat sampai..
Kilah cuti lama jugak, since before puasa sampai bulan 9 hari tu.. Kami semua hantar dia ke KLIA, ye lah.. anak manja kesayangan abah kan, wajib lah semua orang turut gi KLIA mengantornyer...
We all biasanya naik ERL je, bayangkan kami sekeluarga 9 orang + nenek naik ERL, memang meriah sebab punca takut parking charge kat KLIA mahal tak ingat..
Ada jugak lah time boring-boring tu cari publisiti murahan, amik2 gambor.. makan-makan.. Tapi serius, time ni memang abah sedih giler, sampai nanges2 tau dia.. Yelah, anak abah..
Kilah ni kan, satu perangai pelik dia, dia lurus.. tapi lurus2 pun geliga otak dia.. Kiranya senang lah nk kawan dengan dia ni.. Pantang larang dia bila kitorang cakap benda tak puas hati pasal abah, cepat je dia bengkang, backing abah.. Yelah, dah kata anak abah kan..
On the way ke KLIA.. Dalam ERL ni.. we all kesana duration dalam 20minutes journey..

Ni lah orang yang diraikan tu.. Kilah.

kat KLIA, tengah kalut sket sebab bagasa kilah beranak pinak terlebih berat.

Aku ler... heheheh

Nawal dengan Abah.. memang kawan baik dua orang ni.

Udin- free and available.

Add caption

Normally, memang we all akan selalu contact dengan kilah, sekarang kan zaman maju jaya.Internet pun dah ada, daptlah jimat banyak instead of call dia di Mesir, tapi cuma waktu yang lain2... Haruslah kita ikut peredaran zaman.. Tak gitu...?

Saturday, October 6, 2012

New gadget member!

First entry with my new galaxy tab2 7.0 P3100!
Jgn jeles ok... sbnrnya mmg dah lama nak beli, tapi kewangan masih belum mengizinkan.. jadi kenalah tunggu sampai bulan 10 ni..
Satu lagi , ini adalah sbgai reward kepada diri sendiri, kaedahnya bila diet senang nak cari info pasal makanan...
ok, semoga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang..

p/s: not bad guna tab ni.. tpi masih belum biasa..hehe..
Front

Front again

Standing

Standing vertically

Standing horizonly
Covered
Yang best bila guna this thing is memang rigan untuk nak dibawa kemana-mana.. Masuk beg and kurang berat sket.. Gambar pn ok, and sound of music pun ok.. Saya ambila U-Mobile prepaid RM40 untuk 2 gb. So far memang ok..









Tuesday, September 25, 2012

Bercuti Sabak Bernam Day 2


Hari kedua, bangun pagi-pagi terus tengok laut.. Cantik sangat tau tempat ni, kebesaran tuhan kan.. memang saya sngat suka tempat ni. Time macam gerimis sket, tapi tetap nyaman gitu.. Ada gak nampak nelayan yang sibuk tangkap ikan guna bot kat tengah2 laut tu.. Time ni air pasang tapi macam nk suru sket2 dah..
Pemandangan dari Chalet. Belah sana tu macam pantai, tapi air sini tak boleh mandi..
Pemandangan ke laut..

Pemandangan dekat-dekat chalet

Time nak kuar gi beli sarapan

Sekitar chalet

Pemandangan tempat jualan sarapan pagi. dekat je, lagipun pemandangan kampung ni cantik

Pak cik jual roti canai.. 80sen sekeping

Kuih 4 biji seringgit. Mana lah nak dapat harga tu lagi kat KL skrng ni kan..

Jenis-jenis kuih traditional yang dijual..

Lepas beli kuih, kitrang teringin lah nak kunyah-kunyah kerepek. so singgah lah kejap kat tempat jualan kerepek.

Time nak balik dah ni, Petang. Lalu kat tempat orang jual ikan masin, area dekat-dekat situ jugak..

Masa nak balik tu singgah tempat makan kat Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Makan mi udang and rehat-rehat..

Mak ayah saya:)

Ini lah mi udang yang sedap tu. Sepinggan RM5.50. Mak saya kata kualiti dah kurang bebanding dengan mak saya makan dlu.. Bagi saya yang x kisah ni, ok je rasa dia.. hehehe..

Abah saya kata nasi goreng ni lagi sedap dari mi udang. Tapi TAK MOH makan mi or nasi, sebab takut diet ke laut.. Tau apa yang saya makan? Mi udang punyer kuah, kuah sahaja ok, RM5.00..


Lepas je makan, terus saya ke pantai, saja duduk2.. Best jugak. Tapi yang paling best ialah saya dapat tengok tempat kesukaan yang saya impikan untuk pergi iaitu Kelong Paradise... best nyer kalau dapat gi sana, naik bot!
Tapi belum ada rezeki, so tunggu lah nanti if nak gi, sebab perjalanan ke Sabak Bernam ni bukan dekat, jauh jugak..
Insyallah jika ada kelapangan nk je saya ke sini lagi. Tempat ni best and sesuai untuk percutian keluarga.

Bercuti Sabak Bernam Day 1


Bersempena dengan cuti Hari Malaysia hari tu, saya and family gi bercuti kat D'Muara Haji Dorani kat Sabak Bernam,, Dalam 3- 4 jam jugak lah perjalanan dari Putrajaya.. naik 2 kereta ke sana, sebab family besar kan.. 
So kami sampai dalam pukul 4ptg cam tu. Singgah makan kejap kat Kuala Selangor, makanan yang sedap, tapi apa kan daya, diriku sedang diet, maka tak boleh lah melantak, takut diet ke laut..
Ikutkan dalam website chalet ni, kitorang kena book 3 bulan sebelum.. rupa2 nya sebab chalet ni ada 13 unit je, and most of the time, musim cuti sume penuh..
Harga untuk hari cuti, chalet mengahdap ke laut RM170 semalam and RM150 untuk hadap ke kampung.. Ok, ni ada gambar-gambar sket, boleh lah tengok, and sapa2 yang nak gi tu, boleh lah gi sebab tempat nya sangat lah nyaman..


Belakang tu gambar chalet2 yang terdapat kat D'Muara Haji Dorani. Susun atur sume lebih kurang sama, tapi yang paling hujung tu kena jalan jauh sket sebab pintu masuk cuma ada satu je..

Matahari terbenam kat sini
Malam tu kitorang gi makan kat Restoren chalet ni,, Tak sedap tau.. Mahal jugak tu, Rata-rata pengunjung chalet tu kata restoren ni tak sedap masakannya..

Beli secara pakej mkanan tu, so ini lah se jug air mangga..

Lauk-lauk

Kangkung

Lauk, tak tau rasa apa.. lain jer..

Clear sup yang tak best langsung.

Dapatlah pastu puding mangga

Telur
Pastu, malam tu, dah lepas je makan, balik hotel, terus je tido.. Hehehe.. Suka sangat tempat ni, Tapi kalau nk gi makan sini, mmg tak recomended lah.. baik gi jauh sket sebab boleh makan yang mungkin lebih sedap daripada yang ini.

Sunday, September 23, 2012

Pavlova In The House!!

Hi..
Hari tu kan saya buat Pavlova! Dah lama nak wat, tapi asyik tangguh dan tangguh (sebenarnya kurang konfiden.. hehhee). So hari raya ketiga wat lah pavlova ni, cuma ye lah.. baru pertama kali wat ada juga cacat cela nyer.. Tapi elok kalau saya belajar wat lagi kan.
Resepi mmg saya lupa and itu pn saya ambil daripada blog orang lain.. if nnti saya dah jumpa balik resepi tu boleh pakai lagi untuk second pavlova..
Apa yang kureng nyer ialah pavlova saya hangit di bwh nyer.. suhu kuat and derhaka pada resepi tu.. untuk satu adunan tu perlu dibakar 1 jam, jadi saya bahagi 1 adunan kepada dua bahagian, and bakar untuk 1 jam jugak.. salah kan. sepatutnya bakar suhu 30 minit lebih sket je..
x apa lah.. boleh je dimakan, tapi nak tanggalkan kertas bawah tu susah sket jugak.. skrng ni ada jgk nk tgk tips macam mana nak remove paper kat bwh waktu bake pavlova ni.