2 hari sebelum menyambut ramadhan, ada program ceramah yang dianjurkan di ofis ni.. saya hadir dengan kwn2.. Alhamdulillah, ceramah 1 jam setengah ni mcm tak puas, sebab ust yang smpaikan ceramah ni MasyaAllah mmg sangat best and tak mengantuk. Waktu ceramah tu rasa mcm cepat sgt waktu berjalan, sebab ust ni juga ada ceritakan pengalaman beliau, plus dengan kelakar lagi, mmg menusuk kalbu sungguh pengisian ceramah ni.
Saya nk kongsikan dengan pembaca, sebab pengisian yang sangat bagus, tapi saya tak terdaya untuk mencatit satu persatu details ceramah tersebut. Cukuplah sekadar saya menempel slide ceramah Ramadhan Melahirkan The Towering Personality tu disini. Imam masjid tu namanya Al-Fadhil Ust Haji Hazaruddin bin Baharuddin. Alhamdulillah..
Ini lah dia slide tu.. harap2 dapatlah saya kongsikan pengisian2 yang sangat bermakna ini. Sempena ramadhan ini juga saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat salah silap kata saya sepanjang berblogging ni dan semoga pembaca mendapat rahmat and manfaat ramadhan terutama di dalam Malam Lailatuqadar juga.. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment