Monday, December 17, 2012

Jalan-jalan Kelantan dan Cameron Highland

Hari tu ada jalan-jalan gi Kelantan.. Balik tu singgah cameroon highland. Best lah jalan-jalan cam ni sekali sekala, sebab kali ni ikut rombongan ofis. Kitorang gi naik bus. Bertolak malam Khamis, 12hb Dec. 2012 and kemudian singgah solat kat Ketereh. Smpai Ketereh pun dh nak pukul 6.30am cam tu.
Saya ni entah mcm mana boleh mabuk pulak time naik bus dalam perjalanan jauh ni.. Sebab mungkin dh lama tak naik bas, bru je smpai KL rasa mcm mabuk bagai.. Nasib lah ada kawan yang bwk minyak angin, lega sikit..

Sebenarnya rombongan ini adalah bersempena dengan majlis kawen sorang staff.. Saya gi dengan Nabihah, bawak dia jalan-jalan..

Balik pada 14hb tu terus ke Cameron Highland.. best lah cameron highland, nak bawa family lain rasanya pulak kesini. Cuaca sejuk tapi yang tak tahan, jem yang teruk masa nak naik ke Cameron ni..

Ok, tengok2 lah gambar ni.. Gambar biasa-biasa jer..

Lepas makan kat Pasar Siti Khatijah

Muka mengantuk


Kat wedding kawan

Kenyang and tunggu durian

Kenyang jugak, tpi tak tau kenapa muka bluurrrr mcm tu sekali

Ladang cendawan


Cake cheese kat ladang strawberry

Ladang strawberry
Alhamdulillah, kami telah selamat pulang pada pukul 1am, penat jugak lah.. tapi best..


Tuesday, December 4, 2012

Books Launch - Datin Syuryani Datuk Shuaib

Event was held at 2nd Dec. 2012, Premier Hotel KL

Tajuk buku ini 'Be Healthy and Stay Fit' and satu lagi 'The Story of Four Seasons'. Yang satu buku tentang kesihatan, untuk sentiasa kekal muda bertenaga. Yang satu lagi tu tentang pengalaman datin ketika berada di luar negara mengikut YB Menteri bertugas.

Event yang dianjurkan tersangatlah meriah.. tak rugi saya pergi. Selain saya dapat tahu mengenai keluaran buku terbaru, saya juga dapat merasai pengalaman tentang majlis pelancaran buku (pengalaman pertama sebenarnya..)

Saya sarankan, kalau berkenan untuk tahu lebih lanjut tentang cara menjaga kesihatan terutama di dalam mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman, dapatkan lah buku tersebut.

Pengalaman yang datin ketengahkan di dalam buku yang satu lagi tu memang best.. sebabnya pengalaman kita berjalan ke negara orang dengan pengalaman datin mengikut suami bertugas amat berbeza. Apatah lagi ia turut disoroti dengan cerita-cerita bagi setiap negara yang di lawati.

Masa pelancaran buku ni, yang paling best ialah slide show nyer.. Yelah, gambar-gambar yang tayang adalah gambar-gambar tentang perkenalan datin dengan YB Menteri.. sume orang gembira nampaknya dapat melihat perkenalan mereka yang bermula di kota London.

Ok, layang gambar ni ye.. Nak cerita panjang-panjang pun boring jugak kan.. tgk gambar saja lah:)

Kitorang sampai awal k, dalam pukul 11.30am cam tu.. tgk dewan kosong je.. tapi Masyaallah.. cantik nyer hiasan dewan ni..

Hadiah untuk setiap tetamu yang hadir

Dewan kat aras 6, hotel Premier KL. Hotel ini satu bangunan dengan Menara MARA.

Time datin berucap


Time YB berucap

Majlis pelancaran buku

Time makan. Macam-macam ada, makanan yang dihidang sangat sedap

Persembahan oleh Jimmy Palikat


Comel gak budak-budak ni menari

Closing performance- Nasir Wahab

 Totally, event ni memang superb! Pengalaman pertama gi majlis pelancaran buku, sangat teruja. Insyallah nanti kalau ada jemputan lain untuk majlis pelancaran buku cam ni, saya kongsikan lagi ye..



Saturday, December 1, 2012

Cake In The House- Making Pelangi Cake

Hi, Making Pelangi cake a few monthsssssssss ago.. Hehehe (Entri basi ini sebenarnya)

Bahan-bahan yang diperlukan sebenarnya tidaklah banyak. Cuma kalut sket tang nak amik gambar untuk bahan2 nyer.. Apa yang ada ni memang saya letak, tapi tang yang dh lupa tu, maaf lah ye.. Resepi takde, just boleh tunjuk gambar2 jer.. sebenarnya ini ibu saya yang bawak balik resepi, so try for the first time, mmg menjadi n sedap. Saya tak amik pulak resepi tu. Tengok gambar ni, agak2 u all pun boleh wat sendiri kan, kan? kan?

Ok, layan saja lah gambar-gambar ini ye..

Ada yang tak kenal ini benda? Hehehe.. telur ayam 5 biji

Adik saya. Nabihah

Gula

Baru nk adun

Selepas di adun


Letak pewarna, wat gilir-gilir smpai habis.. jadi lah mcm ni..

Dah masak, dikukus.. boleh dihidang
Baru hidang untuk sekali, dah nak setengah loyang habis..



Alhamdulillah.. menjadi lah resepi tu.. Kami memang ikut betul-betul resepi tu, wat pelahan-pelahan.. jadi jugak akhirnya.. Lepas wat sekali tu ada try lagik, tapi tak sempat nk snap picture. Nanti ada masa saya saya post entri untuk resepi ye..