Thursday, February 21, 2013

Ziarah Mesir

Assalamualaikum..
Ok, sorry lah ye sebab lama jugak berdiam diri, memang mcm2 nak tulis dalam blog, tapi masa belum mengizinkan.
Pada 24Jan yang lepas saya and famili ada ke Mesir, bersekali dengan umrah. Naik Egypt Air, semuanya ok.. Transit di Bangkok, perjalanan total dalam 12jam jugak lah..
Cerita dalam gambar saja ye.. hehehe..
 
Budak ni dok kat sebelah saya dalam flight.. mcm2 kerenah, seronok jugak layan dia..

Keadaan dalam flight, FA dalam Egypt Air ni mcm kasar sket..

Salah satu hidangan dalam flight

Inflight entertainment

Di bangkok Suvanarbhumi Bangkok

Kedai cenderahati kat Bangkok

Sampai je di Mesir, kilah dah tunggu.. saya dengan sarah join tour and our parents stay kat rumah kilah

Pemandangan di waktu pagi
Berdekatan airport

Terminal di airport

Pemandangan waktu pagi

Istana lama di Mesir

Masjid bersejarah di hujung tu..

Pemandangan di Al-Khalili nyer pasar

Makanan di Mesir

Di hadapan masjid

Tempat ditempatkan makam saidina hussin

Makam husin

Tapak kaki rasul a.s di masjid hussin

Keadaan di masjid husin
Pemandangan di luar masjid husin

Pemandangan di luar masjid husin

Pasar mini di hadapan masjid husin

Pemandangan pagi

Pemandangan sepanjang perjalanan

Cuaca sejuk sangat, nak menuju ke tempat sarapan waktu ni..

Sarapan yang disediakan, sempat berehat jugak..

Hotel tempat sarapan

Lepas makan je, kita ke piramid melawat tempat ni.. Syukur, saya sampi ke salah satu dari 7 wonders ni..
Spinx

Ada jugak KFC and Pizza Hut

Tempat jual minyak wangi

Pelbagai jenis botol minyak wangi

Solat di masjid al-azhar

Hadapan masjid al-azhar

Lepas ke al azhar kami ke pasar al-khalili dekat je, sebelah tu jer..

Tempat jual tasbih

Pelbagai lampu antik

Pemandangan dalam pasar
Jumpa student malaysia kat sana

Pemandangan di bandar mesir

Ini lah dia universiti al-azhar tapi ini kampus lelaki je, yang perempuan nyer kat tempat lain..

Dah petang waktu ni.. kami bertolak ke airport

Dah sampai airport, untuk ke Jeddah.. perjalanan dalam 2 jam sahaja..

Wednesday, February 20, 2013

Umrah Mekah


Selama 4 hari di Madinah, kini tiba lah kami untuk ke Mekah di dalam melaksanakan agenda utama kita ke sini.. iaitu menunaikan umrah.. 
Kami bertolak dari Madinah ke Mekah pada jam 2ptg, and smpai dalam jam 10mlm di Mekah.. Keadaan di Mekah adalah jauh lebih sesak daripada Madinah, mngkin sebab pembinaan hotel-hotel di sekitar Masjidil Haram. Namun, saya memang tak sabar untuk ke Masjid memandangkan itu adalah tempat untuk saya berdoa dan memohon keinginan saya kepada Allah s.w.t
Saya dan jemaah lain terus melaksanakan umrah pada jam 11mlm dan selesai pada jam 3pg.. Alhamdulillah.. umrah wajib yang pertama ni selesai. Terus pulang ke hotel and pgi tu mmg saya tak dapat ke masjid sebab penat yang teramat and solat subuh di hotel sahaja.
Saya pergi dengan pakej Andalusia. Insyaallah, memang selalu berdoa untuk dipermudahkan segala. Dugaan2 kecil kat sana memang ada, termasuk lah jarak hotel yang jauh daripada masjid. Kalau ada rezeki lain kali, boleh lah saya kesana lagi dengan penginapan yang lebih dekat. 
Tengok gambar ini ye..Memang semua nya special tentang Mekah ni.. yang langsung tak boleh nak lepas adalah berdoa di MasjidilHaram..




Dalam perjalanan ke Mekah, isi minyak dulu


Bermiqat di Bir Ali

Di Bir Ali

Kami

Abah dan ibu

Abah

Kami sekeluarga

Singgah makan di restoren yaman

Jemaah umrah sama

kenyang..

Dihadapan restoren

Pemandangan di mekah

Dalam shopping mall bawah Hilton

Bin Dawood, pasaraya

Beli makanan di cafe

Zamzam tower

Hebat, subhanaallah..

Pintu masuk

Hadapan masjid

Pintu masuk zam-zam tower

Singgah makan di Starbuck. Tak sangka rezeki murah ada mak arab belanja kopi 2 cawan

Menunggu untuk ziarah

Berbual sesama kita

Member jemaah. Baik encik ni, harap2 dapatlah berjumpa lagi

Di hadapan Jabal Nur

Di Bukit Uhud

Pemandangan di Uhud

Mina

Istana raja di Mina

Hotel mewah di Mina

Istana raja mina

Dalam masjid

Pemandangan dalam masjid

Bertawaf. setengah daripada masjid sedang mengahdapi pembinaan

Pembesaran masjid

Ruang masjid

dalam masjid

Ada budak beri teh kurma

Sebelum solat

dengan kawan baru

Masyaallah.. ramainya manusia.. Ya Allah berikan lah daku peluang untuk ke sini lagi

Last day kat Masjid Merah sebelum ke airport

di dalam masjid after solat

Sekeluarga

Kami

Ok, itu sahaja entry mekah ini.. lepas itu kami ke Mesir, cerita lain pula :)