Friday, June 11, 2010

Pada Satu Bulan yang Lalu



Malam tadi, ketika berbual dengan ibu saya, dia ada sebut ' pada tarikh ini pada bulan kite sedang berkemas..'
Saya hampir tidak dapat faham dengan maksud beliau.
Selang beberapa saat , barulah saya faham, bulan lepas yang dimaksudkan adalah tarikh pemergian kami sekeluarga ke Tanah Suci Mekah mengikuti rombongan Umrah Andalusia 11Mei 2010. Saya turut terkilan kerana begitu cepat saya melupakan tarikh tersebut.
Pada waktu post ini ditulis adalah pada jam 4.15 petang,dimana kami masih berada di dalam penerbangan , menuju ke Bahrain. Penerbangan Gulf Air terasa begitu jauh, walaupun ia hanya mengambil masa 7jam sahaja.
Sesampai saja di Bahrain, kami dibawa menaiki coaster ke hotel penginapan yang terletak di tengah-tengah Metropolitan Bahrain, iaitu Hotel Golden Tulip. Terasa lepas segala penat lelah setelah lama berada di dalam penerbangan. Tepat jam 4.30pm, kami diarah untuk berkumpul untuk memulakan city tour di Bahrain.

1 comment:

  1. Hey, extremely Nice diary! Man .. Attractive .. impressive
    .. I bookmark your weblog, and also take the feeds ...


    Here is my blog; quick way to make money ()

    ReplyDelete