Saturday, November 5, 2011

Perlu ke Call Hari2..?

Semacam menarik pulak untuk saya bincangkan disini..

Sejujurnya saya maklum tentang total visit yang tak seberapa ke blog saya ini so terima kasih jua kepada sesiapa yang membaca coretan yang tak seberapa dari saya ni.

Saya pun nak juga bertanya, anda semua mesti ada orang yang anda sayang kan.. Tak kira lah bf ke, gf ke.. mak ayah yang dok jauh nun di kampung ke.. atau adik beradik yang dok jauhhhh.. sangat kat negeri atau negara lain..

Yang tang negara lain tu lain citenya plak..

Kita cite dlu yang tang dok senegara ni dlu ye..

Maksud call bagi saya kat sini melalui telefon lah. Walau kebanyakkan nya dh gune Skype, YM or other social network, tapi perlu ke call atau kita dapat call tu setiap hari..?

Bagi saya call setiap hari tu penting juga, yelah rindu kan. Nak gak dengar suara orang tu paling tak pn sehari sekali. Kalau pun zaman dan maju skrng ni, tpi saya dok masih syok lagi nak guna telefon.. Setuju x if saya kata if guna telefon ni aura dia best lagi drp guna apa2 teknologi lain ni..?

Jadi.. apa kata survey..?

p/s : Mr. Kiro call hari2.. sebab nya bila saya call dia mesti dok tengah sibuk kerja. Last2 tengah malam waktu saya dah zzzzz.. banyak plak call masuk. Time tu, mata dah mengantuk, tak larat nak jawab dah... Lebih baik tak jawab kan daripada dok merapu entah apa2 kan..

Wednesday, November 2, 2011

Hubungan Jarak Jauh

Mesti you all macam rasa tak best je kan bila kadang2 terpikir yang hubungan you all ni mcam jauh je and tak macam most of the couple yang boleh jumpa hari-hari.

Kadang-kadang best juga sebenarnya..

Ada juga lah bincang dengan my partner tu, mula-mula ada juga suggest pada dia untuk move ke daerah saya.. tapi sekarang ni rasa mcm dh selesa jauh2 ni. Asalkan jangan dia pindah lagi jauh sudah ler..

Saya bukan lah orang yang pandai bicara tentang hal2 hubungan cinta ni.. tapi pantang larang hubungan jauh, iaitu..

1. Gurau hal-hal sensitif
Haa.. agak2 lah if nak bergurau tu ye.. Jauh2 ni bahaya sket, ye lah kan mana tau partner tu makan hati, tak ke panjang ceritanya nanti..

2. Langgar janji
If dah janji nak call ke.. nak datang ke.. Mesti tunaikan, lain lah if ada hal2 mustahak, kena lah inform.

3. Sangka buruk
Memang senang sangat nak bersangka buruk ye lah jauh kan.. Tapi cuba lah berdoa.. Tetapkan hati, mudah2 an kesetiaan kita dibalas dengan kebaikan.

Itu lah dia, memang hubungan jauh ni ada macam-macam dugaan, tapi kena ingat.. Jodoh dan pertemuan itu semua takdir tuhan. Kita dah berusaha so boleh lah bertawakal.

Semoga Allah memberi ketetapan yang baik-baik kepada anda semua..

p/s : Malam tdi Mr. Kiro bagitau if Wanie dah selesa jauh-jauh mcm sekarang ni so boleh lah Mr. Kiro pergi kerja jauh lagi..
Wanie: Tak usah nak mengada-ngada..

Monday, October 31, 2011

Doa Untuk Atiqah

Ya Allah Ya Tuhanku,

Sesungguhnya Dikau yang Maha Besa

Maha Pengasih dan Maha Mengasihani

Aku memohon kehadrat Mu Ya Allah

Sembuhkan lah adikku Atiqah

Sembuhkan lah dia Ya Allah

Berikan lah dia kesabaran

Kekuatan di dalam menempuh dugaan ini Ya Allah

Diriku sebagai hamba yang lemah

Amat bersyukur dengan kurniaan Mu Ya Allah

Telah banyak rezeki serta limpahan kurnia Mu kepada kami sekeluarga

Dan kini kami redha di atas dugaan yang sedang Engkau berikan ini Ya Allah

Sembuhkan lah adikku Atiqah, Ya Allah

Berkatilah dan makbulkan lah segala usaha kami untuk menyembuhkan dia Ya Allah

Berkatilah segala doa-doa kami Ya Allah

Berikanlah yang terbaik buat Atiqah Ya Allah

Sesungguhnya kami redha Ya Allah


Ya Allah

Berkatilah Ya Allah

Sembuhkan lah Atiqah

Sesungguhnya hanya kepada Mu kami memohon Ya Allah

Engkau yang Maha Pengasih dan Mengasihani

Tiada tuhan yang disembah melain kan Dikau Ya Allah

Hanya kepadaMu kami memohon

Tuhan yang Maha Besar


Amin..

Mungkin telah tersurat, adik ketiga saya Atiqah telah menghidapi sakit dibahagian lengan sejak 3 bulan lalu dan dianggap itu sebagai sakit biasa. Kebelakangan ini, memang teruk sangat sakit dia tu sampai kan nak buka air paip pun sakit tangan katanya..

Mungkin telah tersurat jua pada 3 minggu lepas saya menghidapi demam yang amat teruk. Pada masa itu juga lengan Atiqah membengkak dan sakit. Terus ibu dan bapa saya bawa Atiqah ke KPJ Kajang.

Doktor mengatakan bahawa kes Atiqah sangat kritikal, doktor tak berani ambil kes dia. Doktor dapati ada ketumbuhan di lengan dia. So bawa dia terus ke pakar di HKL. Pada Isnin, terus Atiqah dibawa ke HKL..

Lama juga dia di HKL. Dia duduk dalam 2 minggu juga. Terus dia susah hati. Saya susah hati yang teramat sangat juga tapi terpaksa saya buat-buat tak tahu juga sebab nanti lagi sedih..

Minggu lepas rasa macam terkejut. Pagi2 jumaat ibu saya sms saya (ibu meneman Atiqah di hospital sepanjang dia di sana) dan telah didapati bahawa Atiqah mengidap Kanser Tulang. Ya Allah.. sedih saya.. Kenapa lah perkara ini menimpa Atiqah yang umurnya masih 23 tahun dan jauh perjalanan nya?

Tak pernah saya sesekali meluahkan apa yang saya tulis di sini kepada ahli keluarga saya yang lain.. Sebab saya tak sanggup.

Doktor mengatakan bahawa tempoh rawatan untuk Atiqah adalah 6 bulan. Tak apa, 6 bulan tak lama.. Ibu pun dah decide untuk ambil cuti 6 bulan jaga Atiqah.

Kanser?

Takut saya dengar, Atiqah dulunya masa kecil sedikit nakal, baru2 ini dia cerita waktu dia balik dari mengaji pada darjah 5 dia terjatuh, dan lengan di bahagian itu lah yang sakit. Dah lama ditahan baru lah rasa sakit so waktu ini lah dia kena kanser tu. Tapi syukur, dia masih punyai banyak peluang untuk sembuh. Banyak lagi rawatan yang akan menyusul dan harap-harap itu dapat menyembuhkan dia terus daripada barah ini.


Pesan untuk Atiqah

' Kau sabar ekk Mak Mok, Insyallah kau SELAMAT and SIHAT tak lama lagi..'

Thursday, September 8, 2011

Restoran Wong Solo- Service Lembab, Pelayan Blur dan Tak Sedap.

Jarang-jarang entry saya berkaitan dengan food review. Sebab memang kebanyakkannya saya tak peduli. Tapi kali ni memang very frustrating. Bukan sebab saya sangat cerewet, tapi memang sangat tak puas hati.

Harga nasi ayam penyet set dengan air kosong adalah RM10.90, dah tu service memang entah apa-apa.

1. Suka hati letak order orang lain ke meja yang salah. Dua kali saya terkena.

2. Tak faham bahagian ayam yang pelanggan nak

3. Makanan sampai salah.

4. Dah sampai maknan, air tak tiba.

5. Dah tiba air, tak cukup satu gelas. Straw pun xde

6. Dah tiba straw air satu lagi tak ada

7.Dah tiba air, sudu tak ada.

8.Minta satu lagi sudu, bagi sepasang je. Minta sepasang lagi.

9.AKHIRNYA, baru dapat sepasang lagi sudu. Baru boleh makan..

10. Pekerja ramai tapi tak efisyen.



Tobat lah nak datang lagi. Tak lah sedap mana pun..

Sorok Kuih Raya

Hi pembaca sekalian, apa khabar? Sorry lama tak letak entry sebab frust kan hari tu berat naik gilos-gilos so mcm tak semangat jer nak tgk ticker kat dalam blog ni..

Well.. after raya kan sume nyer ok belaka, cuma berat je yang naik2 itu yang tak ok.


Dok tgk2 tulis entry ni tibe2 teringat plak kat dalam almari ada kuih raya yang masih belum dibuka! Apa lagi kan, terus lah buka n ngapp! Kuih tu dlu adik saya belikan popia simpul. Pastu dah nak habis puasa pun masih tak berusik lagi sebab dok kekenyangan buka puasa.


Dah habis puasa, tak berusik. Sampai tiba raya pun tak terusik, nampaknya saya ngaappp je lah waktu berblogging.
Yang buruk nya tu dok simpan kuih ni dalam almari bilik, heiii.. mana lah badan ni x kembang2..

Wednesday, August 31, 2011

Di Hening Pagi Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin
Semoga Kekal Ukhwah Kita dan Diberkati Selalu
Disamping Kehadiran Keluarga Tersayang

Friday, August 26, 2011

Pround To Be Malaysian!

Hari Kebangsaan akan datang tak lama lagi. Bertuah sungguh kita kali ni sebab hari raya puasa akan datang sehari sebelum merdeka. Memang sungguh negara kita ini diberkati kan?



Entah berapa tahun sekali lah entah kan kejadian mcm ni akan terjadi semula..


After balik dari jalan TAR semalam ada singgah ke Kedai Runcit 1Malaysia. Bangga sangat! Bangga sangat sebab ada kat dalam kedai 1Malaysia. Harga? memang murah, bukan lagi kata mcam berpatutan tapi blh dikatakan murah danlebih rendah daripada pasaraya lain..


Brand2 kat situ sume brand 1Malaysia. Ada beli juice apple semalam untuk berbuka, rasa sedap and harga nya tak pun sampai RM3 untuk seliter..


Ok, gambar2 yang diambil seperti kat bawah ni lah..


Gambar famili member tengah pilih2 barang.