Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Semoga Berjaya, Aqilah!

A few weeks ago (sbnarnya ini entry dah kira basi lah jugak..) ada hantar kilah ke KLIA untuk dia sambung belajar pengajian medic dia di Mesir.. Alhamdulillah, beberapa jam pas tu kira SMS dia kata dh selamat sampai..
Kilah cuti lama jugak, since before puasa sampai bulan 9 hari tu.. Kami semua hantar dia ke KLIA, ye lah.. anak manja kesayangan abah kan, wajib lah semua orang turut gi KLIA mengantornyer...
We all biasanya naik ERL je, bayangkan kami sekeluarga 9 orang + nenek naik ERL, memang meriah sebab punca takut parking charge kat KLIA mahal tak ingat..
Ada jugak lah time boring-boring tu cari publisiti murahan, amik2 gambor.. makan-makan.. Tapi serius, time ni memang abah sedih giler, sampai nanges2 tau dia.. Yelah, anak abah..
Kilah ni kan, satu perangai pelik dia, dia lurus.. tapi lurus2 pun geliga otak dia.. Kiranya senang lah nk kawan dengan dia ni.. Pantang larang dia bila kitorang cakap benda tak puas hati pasal abah, cepat je dia bengkang, backing abah.. Yelah, dah kata anak abah kan..
On the way ke KLIA.. Dalam ERL ni.. we all kesana duration dalam 20minutes journey..

Ni lah orang yang diraikan tu.. Kilah.

kat KLIA, tengah kalut sket sebab bagasa kilah beranak pinak terlebih berat.

Aku ler... heheheh

Nawal dengan Abah.. memang kawan baik dua orang ni.

Udin- free and available.

Add caption

Normally, memang we all akan selalu contact dengan kilah, sekarang kan zaman maju jaya.Internet pun dah ada, daptlah jimat banyak instead of call dia di Mesir, tapi cuma waktu yang lain2... Haruslah kita ikut peredaran zaman.. Tak gitu...?

Wednesday, November 2, 2011

Hubungan Jarak Jauh

Mesti you all macam rasa tak best je kan bila kadang2 terpikir yang hubungan you all ni mcam jauh je and tak macam most of the couple yang boleh jumpa hari-hari.

Kadang-kadang best juga sebenarnya..

Ada juga lah bincang dengan my partner tu, mula-mula ada juga suggest pada dia untuk move ke daerah saya.. tapi sekarang ni rasa mcm dh selesa jauh2 ni. Asalkan jangan dia pindah lagi jauh sudah ler..

Saya bukan lah orang yang pandai bicara tentang hal2 hubungan cinta ni.. tapi pantang larang hubungan jauh, iaitu..

1. Gurau hal-hal sensitif
Haa.. agak2 lah if nak bergurau tu ye.. Jauh2 ni bahaya sket, ye lah kan mana tau partner tu makan hati, tak ke panjang ceritanya nanti..

2. Langgar janji
If dah janji nak call ke.. nak datang ke.. Mesti tunaikan, lain lah if ada hal2 mustahak, kena lah inform.

3. Sangka buruk
Memang senang sangat nak bersangka buruk ye lah jauh kan.. Tapi cuba lah berdoa.. Tetapkan hati, mudah2 an kesetiaan kita dibalas dengan kebaikan.

Itu lah dia, memang hubungan jauh ni ada macam-macam dugaan, tapi kena ingat.. Jodoh dan pertemuan itu semua takdir tuhan. Kita dah berusaha so boleh lah bertawakal.

Semoga Allah memberi ketetapan yang baik-baik kepada anda semua..

p/s : Malam tdi Mr. Kiro bagitau if Wanie dah selesa jauh-jauh mcm sekarang ni so boleh lah Mr. Kiro pergi kerja jauh lagi..
Wanie: Tak usah nak mengada-ngada..

Monday, October 31, 2011

Doa Untuk Atiqah

Ya Allah Ya Tuhanku,

Sesungguhnya Dikau yang Maha Besa

Maha Pengasih dan Maha Mengasihani

Aku memohon kehadrat Mu Ya Allah

Sembuhkan lah adikku Atiqah

Sembuhkan lah dia Ya Allah

Berikan lah dia kesabaran

Kekuatan di dalam menempuh dugaan ini Ya Allah

Diriku sebagai hamba yang lemah

Amat bersyukur dengan kurniaan Mu Ya Allah

Telah banyak rezeki serta limpahan kurnia Mu kepada kami sekeluarga

Dan kini kami redha di atas dugaan yang sedang Engkau berikan ini Ya Allah

Sembuhkan lah adikku Atiqah, Ya Allah

Berkatilah dan makbulkan lah segala usaha kami untuk menyembuhkan dia Ya Allah

Berkatilah segala doa-doa kami Ya Allah

Berikanlah yang terbaik buat Atiqah Ya Allah

Sesungguhnya kami redha Ya Allah


Ya Allah

Berkatilah Ya Allah

Sembuhkan lah Atiqah

Sesungguhnya hanya kepada Mu kami memohon Ya Allah

Engkau yang Maha Pengasih dan Mengasihani

Tiada tuhan yang disembah melain kan Dikau Ya Allah

Hanya kepadaMu kami memohon

Tuhan yang Maha Besar


Amin..

Mungkin telah tersurat, adik ketiga saya Atiqah telah menghidapi sakit dibahagian lengan sejak 3 bulan lalu dan dianggap itu sebagai sakit biasa. Kebelakangan ini, memang teruk sangat sakit dia tu sampai kan nak buka air paip pun sakit tangan katanya..

Mungkin telah tersurat jua pada 3 minggu lepas saya menghidapi demam yang amat teruk. Pada masa itu juga lengan Atiqah membengkak dan sakit. Terus ibu dan bapa saya bawa Atiqah ke KPJ Kajang.

Doktor mengatakan bahawa kes Atiqah sangat kritikal, doktor tak berani ambil kes dia. Doktor dapati ada ketumbuhan di lengan dia. So bawa dia terus ke pakar di HKL. Pada Isnin, terus Atiqah dibawa ke HKL..

Lama juga dia di HKL. Dia duduk dalam 2 minggu juga. Terus dia susah hati. Saya susah hati yang teramat sangat juga tapi terpaksa saya buat-buat tak tahu juga sebab nanti lagi sedih..

Minggu lepas rasa macam terkejut. Pagi2 jumaat ibu saya sms saya (ibu meneman Atiqah di hospital sepanjang dia di sana) dan telah didapati bahawa Atiqah mengidap Kanser Tulang. Ya Allah.. sedih saya.. Kenapa lah perkara ini menimpa Atiqah yang umurnya masih 23 tahun dan jauh perjalanan nya?

Tak pernah saya sesekali meluahkan apa yang saya tulis di sini kepada ahli keluarga saya yang lain.. Sebab saya tak sanggup.

Doktor mengatakan bahawa tempoh rawatan untuk Atiqah adalah 6 bulan. Tak apa, 6 bulan tak lama.. Ibu pun dah decide untuk ambil cuti 6 bulan jaga Atiqah.

Kanser?

Takut saya dengar, Atiqah dulunya masa kecil sedikit nakal, baru2 ini dia cerita waktu dia balik dari mengaji pada darjah 5 dia terjatuh, dan lengan di bahagian itu lah yang sakit. Dah lama ditahan baru lah rasa sakit so waktu ini lah dia kena kanser tu. Tapi syukur, dia masih punyai banyak peluang untuk sembuh. Banyak lagi rawatan yang akan menyusul dan harap-harap itu dapat menyembuhkan dia terus daripada barah ini.


Pesan untuk Atiqah

' Kau sabar ekk Mak Mok, Insyallah kau SELAMAT and SIHAT tak lama lagi..'

Wednesday, August 17, 2011

Renungan-Tazkirah Terawikh



"Allah sesungguhnya telah memilih dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita bebanding apa yang kita pilih untuk diri sendiri"


Tersentap saya apabila imam menyebut ayat itu beberapa kali di dalam tazkirah tadi. Saya sedar betapa saya kurang berserah bahawa Allah sesungguhnya akan memberi apa yang terbaik buat diri saya.

Benar, ini adalah kerana di dalam perang Badar sendiri, Nabi s.a.w langsung tidak menjangka bahawa peperangan akan meletus di dalam bulan Ramadhan yang mulia, di mana ia pada mualnya hanya lah rancangan untuk merampas semula harta umat islam yang di jual oleh pihak musuh.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terbaik berbanding apa yang dipilih sendiri.

Alhamdulillah, saya mendapat satu petunjuk yang sangat berharga buat diri saya apabila saya menjadi sebahagian daripada sidang jemaah yang mendengar tazkirah itu tadi.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui..

Wednesday, November 10, 2010

Tunaikanlah Jika Anda Bernazar..

Anda pernah bernazar?
Saya pernah bernazar, tpi entah bagaimana seringkali saya nk buat nazar tu, ada2 saja cabarannya..
Nazar tersebut telah lama saya niatkan. tapi.. tu lah saya pun sering terlupa.
Ia adalah berkenaan dengan jawatan yang saya pegang sekarang. kesukaran untuk mendapatkan kerja satu masa dlu telah membuatkan saya bernazar. apa tah lagi ibu saya amat berharap agar saya dapat memegang jawatan ini.
Dan sekarang jawatan ini telah saya pegang hampir setahun dan selama setahun juga lah nazar saya ditangguh ke waktu lain.
Lama kan?
Selama saya tangguhkan nazar saya, selama itu lah saya tidak pernah rasa gembira di tempat kerja ini. Kerja sering x kena, banyak salah silap, dan saya kurang sedar bahawa nazar masih belum tertunai walaupun telah lama saya dapat apa yang diidamkan.
Untuk rakan2 yang membaca, jika anda punyai nazar, tunai kan lah.. saya pun bukannya terlalu baik untuk mensihatkan orang lain. tetapi ingatlah, jika kawan2 pernah bernazar atau terdetik nazar itu. maka tunai kan lah..

Thursday, July 22, 2010

Tentang Kita Pada Hari Ini

Ada sesuatu yang sedang berlegar-legar di fikiran saya;
Pertama, apa yang ingin saya lakukan apabila orang yang rapat dengan saya mengakui bahawa saya buat kerja x pernah habis/ x bersungguh.
i) mestilah saya kena berubah kan coz orang dh cakap, kirenye sampai orang dh ckp, xkan benda tu salah plak kan..
ii) kena lah mengaku and jgn melenting coz ini kan perubahan positif.. then saya bersyukur coz masih ada yang sudi menegur saya.

Kedua; apa yang ingin saya buat...
i) Sejak pulang dari umrah, saya berazam nk gi gym hari2 , tpi sampai la ni x gi lagi, jejak pun belum! so esok nk start!
ii) Nk gi swimming class, so excited you know coz i can swim!
iii) after these swimming lesson i would prepare myself to the intrumental music class. would like to learn piano..

last few days i met my old buddy, two years almost x jumpa.. then dh besar budak tu sekarang. it is really unpredicted, so i am happy of his successfulness!

Sunday, June 6, 2010

Jika diberi 3 pilihan....


Semalam kan, pergi ke SR , itu pun after gi kenduri kawin War'e and Wawa .. pastu Akmal tanya
"if diberi 3 pilihan kan, aku nk 1)bukak business 2)Kaya 3)Beli asset..

If diberi aku pilihan ...
aku nak ..
1)Kurus
2)(Rahsia)
3)(Rahsia)

Hehehehee...

Hari nie puasa... sebab semalam dh melantak banyak sgt.. ye lah, marathon kenduri kawin:)kuikui..hari2 cakap pada diri 'nak kurus lah..' tapi untuk control makan punyalah payah.(nak seribu daya,shad!)
Dulu masa gi kursus pengurusan berat badan, ada gak doktor tu cakap 'Nak kurus memang ambil masa.mcm gak kite gi menggemukkan diri kite, pun ambil masa juga kan..
Tadi makan spagetti 2 pinggan,Alhamdulillah..
Actually, i fell so numb..maybe still rindu pada Mecca..AllahuAkhbar..