Wednesday, May 30, 2012

Vacation to Vietnam

Hi, good morning semua..
Bulan Mei 4 hingga ke 7 saya dan family ada ke Vietnam.  

Gambar yang diambil tak byk, sebab percutian pendek ni tujuan nyer untuk beli barang-barang untuk raya. Saya share mana yang ada je lah ye..

Ni masa kat hotel. Apa yang best, hotel tu sediakan free internet, tapi ada 1 PC je.. pandai2 lah nak guna ye.. Nama hotel ni Boss Hotel, Betul2 kat sebelah Baskin Robin Ice Cream and hanya beberapa langkah untuk ke Ben Thanh Market. Rate satu malam USD35 bilik untuk 4 orang.



Pemandangan lagi.. Macam biasa lah, motor memang bayk gilos.. kiranya if saya try nak ambik lesen kete kat Vietnam ni mesti gagal memanjang.. Hon tak sudah2 bunyi. Tapi kan kawan saya ada bgitau, if nak melintas, jangan dok tercegat berdiri kt tengah2 jalan tiba2, lintas je sampai ke habis..

Tak tau lah apa nama benda ni.

Ada sungai gak kat sini. Kat tengah2 bandar tu ada taman.
Ni pemandangan kat pekan dia.. Ni je lah saya sempat saya tangkap sepanjang 4 hari kat situ:)


Kat airport. Nak dijadikan cerita, masa saya sampai kat airport tu, awal tau.. Dah beratur tu, dok lah kat airport tu and tak terus masuk, last2 dah nak masuk tu, ramai pulak pelancong dari China yang tak faham bahasa.. Yelah, Vietnam dengan China ni tak berapa nak ngam sangat. Tiba time Imigresen chek saya tu, lepas dah.. Time tiba untuk adik, ibu and abah, dah tak lepas dah.. Punyalah lama saya tunggu. last2 saya masuk dulu..  pastu, time saya tengah tunggu diorang kat departure hall tu, rupa-rupanya ibu and adik saya sesat.. Pergi ke arah lain. Abah saya gi cari adik and ibu saya. Last2 dapat gak masuk pesawat.. Imigresen kat sini mcam c*laka sket..

Aras 2 Airport. Kat sini lah tempat ambil teksi VINASUN, teksi yang menggunakan meter sepenuhnya.



Apa yang best about Vietnam ialah:
1) Baju kurung murah-murah, tapi kena jugak pandai pilih sebab baju tu kain cotton mengecut.
2) Harga buah-buahan murah jugak dan manis-manis. Cuma if beli mangga basuh dulu sebelum makan, getah tu akan buat tekak gatal.
3) If stay kat hotel dekat dengan Ben Thanh boleh lah jalan kaki, siang malam ada pasar kat situ.
4) Ni memang saya langsung tak jangka, peniaga dah boleh berbahasa Melayu!
5) Orang Malaysia pun ramai kat situ.. 

Cuma kena beringat juga, harga makanan halal di sana mahal juga.. Tapi sekali sekala, nak bercuti, nak tak nak kena lah juga isi perut..

Tuesday, May 29, 2012

Bercuti Lagi!

Hi,
Tak sempat lagi nak upload gambar-gambar percutian saya. Mungkin dis week saya akan update percutian saya, sebab hari tu date 4hb smpai 7hb Mei 2012 saya ada ke Ho Chi Minh Vietnam dan baru-baru ni saya ada ke Gold Coast Australia..
Nanti if ada waktu free saya updatekan.. Nak cerita saja and tak letak gambar tak best lah pulak kan..
Alhamdulillah, perjalanan saya selamat dan sangat indah!
Saya pun rindu tau sebenarnya yang kongsi-kongsi cerita dalam blog ni.. Hehehe..

Sunday, May 13, 2012

Hari Paling Best!!

Hi..
Ini adalah entry yang telah dibaiki.. Cerita yang sama juga, tapi lain sket lah. sebab if saya baca entry yang lepas tu, Astagfirallah.. semput! Tak sempat-sempat tarik nafas, cerita kelam kabut. Mana nokhtah, mana titik, koma, sume caca merba jer..

Ye lah, sebab dah ada blog ni kena lah cerita betul-betul.. The main reason is saya excited sebenarnya.. Alhamdulillah, bersyukur kepada tuhan saya mencecah usia 27 tahun pada tahun ini. Tua dah rasanya.. Alhamdulillah, sekali lagi, panjang usia saya..
Cerita pasal date 12 Mei 2012 betul-betul buat saya teruja! Saya sangat berharap untuk Mr. Kiro datang ke Bangi untuk menyambut hari lahir bersama saya. lagipun, tarikh lahir kami yang berbza jauh, cuma tahun yang berbeza. 

Jadi, pada 12 Mei 2012 tu, petang-petang dalam pkl 3pm tu dapatlah masage minta saya ambil barang di Quicksilver Alamanda..

 Saya pun pergi, dengan berbekalkan RM30 yang dipinjam kerana saya ketiadaan wang, tebal jugak muka saya pinjam dari member.Sampai je kat depan kedai tu, mcm nak jatuh saya terkejut tau.. Mr. Kiro dah berdiri tercegat kat depan kedai tu! Pandai betul dia buat suprise!! Last-last kitorang ke The Garden kat Alamanda.. Best jugak tempat tu, makanan tu portion dia besar, boleh kongsi2. Saya dan Mr. Kiro time tu bajet tengah banyak, pulak tu dia yang belanja, macam2 mau makan.. Last2 tak habis. Membazir je kan.

Ini lah apa yang kitoang makan time tu..
Green Chicken Curry.. Sedap, tapi dia cepat kenyang, so tak habis..

My nasi lemak ayam rendang.. Besar sangat porion ni, RM15.90. Saya yang banyak makan ni pun tak boleh nak perabih!
Air entah apa ntah, ni dia punya.. RM9.90.
Hiasan kat dalam tu. Ada buaian siap..
Nasi makan dengan Green Chicken Curry
Ambil gambar tempat makan.. Tapi mana orangnyer..? Biarlah rahsia dulu:)

Dah penat jalan-jalan, beli lah benda ni.. Strawberry Milk Shake, my favourite! RM7 kat Big Apple. 
Sejujurnya, saya bukan lah seorang yang pandai buat suprise.. Tapi seronok dapat suprise. Saya lebih berterus terang, dan info saya sangat jelas. Bukan nk kata skema lah, tapi mcam skema lah jugak.. Hehehe..

13 Mei 2012
Ini cerita lain pulak.. Berdebar k pagi-pagi Mr. Kiro dah call dia kata nak datang rumah. Seram sejuk badan saya, tak senang duduk jugak, serba serbi tak kena.. Haaa.. kalau nak tau mcm tu lah perasaan saya first time bawak BF datang rumah jumpa family..
Tips first time bawa bf jumpa family? Ada juga.. Meh saya kongsi beberapa:-
1) First time jumpa benda yang paling mencabar adalah untuk saya sebenarnya, sebabnya saya adalah orang tengah yang menghubungkan BF saya dan family saya, jadi komunikasi yang berkesan sangat penting.
2) Time paling sesuai mestilah time makan.. hehehe
3) Jangan lah buat perangai macam waktu date kat luar, blh tepuk tampar suka-suka hati..
4) Akhir sekali, pakai lah pakaian yang sesuai dan selesa..

Ok? Ini adalah daripada pengalaman saya sendiri. If ada apa-apa yang kurang sesuai, saya minta maaf ye:)




Friday, April 27, 2012

Harga Menipu

Assalamualaikum..
Dah lama kan saya tak tulis di sini. Sorry sgt2, sebab mcam dh tak banyak benda menarik untuk nak kongsi a.k.a malas .
Tadi ada buka satu website ni, tgk2 mcm terkejut jgk.. sebab nya dengan harga yang menipu tu saya rasa sangat tak patut.. yang herannya kenapa harga barang tu boleh naik mcam tu sekali walhal saya beli di TESCO Shah Alam harganya dalam RM17.00 sahaja!
Nak tau barang apa..?
Tersangatlah melampau harganya. Harap2 tiada lagi benda yang mcm ni yang semacam menganiaya pengguna kat Malaysia ni.
Apa yang saya kecewa, iklan produk ini dimasukkan ke dalam laman web kupon pembelian, yang konon2 nya dapat membantu pengguna menjimatkan wang mereka.

Saturday, November 5, 2011

Perlu ke Call Hari2..?

Semacam menarik pulak untuk saya bincangkan disini..

Sejujurnya saya maklum tentang total visit yang tak seberapa ke blog saya ini so terima kasih jua kepada sesiapa yang membaca coretan yang tak seberapa dari saya ni.

Saya pun nak juga bertanya, anda semua mesti ada orang yang anda sayang kan.. Tak kira lah bf ke, gf ke.. mak ayah yang dok jauh nun di kampung ke.. atau adik beradik yang dok jauhhhh.. sangat kat negeri atau negara lain..

Yang tang negara lain tu lain citenya plak..

Kita cite dlu yang tang dok senegara ni dlu ye..

Maksud call bagi saya kat sini melalui telefon lah. Walau kebanyakkan nya dh gune Skype, YM or other social network, tapi perlu ke call atau kita dapat call tu setiap hari..?

Bagi saya call setiap hari tu penting juga, yelah rindu kan. Nak gak dengar suara orang tu paling tak pn sehari sekali. Kalau pun zaman dan maju skrng ni, tpi saya dok masih syok lagi nak guna telefon.. Setuju x if saya kata if guna telefon ni aura dia best lagi drp guna apa2 teknologi lain ni..?

Jadi.. apa kata survey..?

p/s : Mr. Kiro call hari2.. sebab nya bila saya call dia mesti dok tengah sibuk kerja. Last2 tengah malam waktu saya dah zzzzz.. banyak plak call masuk. Time tu, mata dah mengantuk, tak larat nak jawab dah... Lebih baik tak jawab kan daripada dok merapu entah apa2 kan..

Wednesday, November 2, 2011

Hubungan Jarak Jauh

Mesti you all macam rasa tak best je kan bila kadang2 terpikir yang hubungan you all ni mcam jauh je and tak macam most of the couple yang boleh jumpa hari-hari.

Kadang-kadang best juga sebenarnya..

Ada juga lah bincang dengan my partner tu, mula-mula ada juga suggest pada dia untuk move ke daerah saya.. tapi sekarang ni rasa mcm dh selesa jauh2 ni. Asalkan jangan dia pindah lagi jauh sudah ler..

Saya bukan lah orang yang pandai bicara tentang hal2 hubungan cinta ni.. tapi pantang larang hubungan jauh, iaitu..

1. Gurau hal-hal sensitif
Haa.. agak2 lah if nak bergurau tu ye.. Jauh2 ni bahaya sket, ye lah kan mana tau partner tu makan hati, tak ke panjang ceritanya nanti..

2. Langgar janji
If dah janji nak call ke.. nak datang ke.. Mesti tunaikan, lain lah if ada hal2 mustahak, kena lah inform.

3. Sangka buruk
Memang senang sangat nak bersangka buruk ye lah jauh kan.. Tapi cuba lah berdoa.. Tetapkan hati, mudah2 an kesetiaan kita dibalas dengan kebaikan.

Itu lah dia, memang hubungan jauh ni ada macam-macam dugaan, tapi kena ingat.. Jodoh dan pertemuan itu semua takdir tuhan. Kita dah berusaha so boleh lah bertawakal.

Semoga Allah memberi ketetapan yang baik-baik kepada anda semua..

p/s : Malam tdi Mr. Kiro bagitau if Wanie dah selesa jauh-jauh mcm sekarang ni so boleh lah Mr. Kiro pergi kerja jauh lagi..
Wanie: Tak usah nak mengada-ngada..

Monday, October 31, 2011

Doa Untuk Atiqah

Ya Allah Ya Tuhanku,

Sesungguhnya Dikau yang Maha Besa

Maha Pengasih dan Maha Mengasihani

Aku memohon kehadrat Mu Ya Allah

Sembuhkan lah adikku Atiqah

Sembuhkan lah dia Ya Allah

Berikan lah dia kesabaran

Kekuatan di dalam menempuh dugaan ini Ya Allah

Diriku sebagai hamba yang lemah

Amat bersyukur dengan kurniaan Mu Ya Allah

Telah banyak rezeki serta limpahan kurnia Mu kepada kami sekeluarga

Dan kini kami redha di atas dugaan yang sedang Engkau berikan ini Ya Allah

Sembuhkan lah adikku Atiqah, Ya Allah

Berkatilah dan makbulkan lah segala usaha kami untuk menyembuhkan dia Ya Allah

Berkatilah segala doa-doa kami Ya Allah

Berikanlah yang terbaik buat Atiqah Ya Allah

Sesungguhnya kami redha Ya Allah


Ya Allah

Berkatilah Ya Allah

Sembuhkan lah Atiqah

Sesungguhnya hanya kepada Mu kami memohon Ya Allah

Engkau yang Maha Pengasih dan Mengasihani

Tiada tuhan yang disembah melain kan Dikau Ya Allah

Hanya kepadaMu kami memohon

Tuhan yang Maha Besar


Amin..

Mungkin telah tersurat, adik ketiga saya Atiqah telah menghidapi sakit dibahagian lengan sejak 3 bulan lalu dan dianggap itu sebagai sakit biasa. Kebelakangan ini, memang teruk sangat sakit dia tu sampai kan nak buka air paip pun sakit tangan katanya..

Mungkin telah tersurat jua pada 3 minggu lepas saya menghidapi demam yang amat teruk. Pada masa itu juga lengan Atiqah membengkak dan sakit. Terus ibu dan bapa saya bawa Atiqah ke KPJ Kajang.

Doktor mengatakan bahawa kes Atiqah sangat kritikal, doktor tak berani ambil kes dia. Doktor dapati ada ketumbuhan di lengan dia. So bawa dia terus ke pakar di HKL. Pada Isnin, terus Atiqah dibawa ke HKL..

Lama juga dia di HKL. Dia duduk dalam 2 minggu juga. Terus dia susah hati. Saya susah hati yang teramat sangat juga tapi terpaksa saya buat-buat tak tahu juga sebab nanti lagi sedih..

Minggu lepas rasa macam terkejut. Pagi2 jumaat ibu saya sms saya (ibu meneman Atiqah di hospital sepanjang dia di sana) dan telah didapati bahawa Atiqah mengidap Kanser Tulang. Ya Allah.. sedih saya.. Kenapa lah perkara ini menimpa Atiqah yang umurnya masih 23 tahun dan jauh perjalanan nya?

Tak pernah saya sesekali meluahkan apa yang saya tulis di sini kepada ahli keluarga saya yang lain.. Sebab saya tak sanggup.

Doktor mengatakan bahawa tempoh rawatan untuk Atiqah adalah 6 bulan. Tak apa, 6 bulan tak lama.. Ibu pun dah decide untuk ambil cuti 6 bulan jaga Atiqah.

Kanser?

Takut saya dengar, Atiqah dulunya masa kecil sedikit nakal, baru2 ini dia cerita waktu dia balik dari mengaji pada darjah 5 dia terjatuh, dan lengan di bahagian itu lah yang sakit. Dah lama ditahan baru lah rasa sakit so waktu ini lah dia kena kanser tu. Tapi syukur, dia masih punyai banyak peluang untuk sembuh. Banyak lagi rawatan yang akan menyusul dan harap-harap itu dapat menyembuhkan dia terus daripada barah ini.


Pesan untuk Atiqah

' Kau sabar ekk Mak Mok, Insyallah kau SELAMAT and SIHAT tak lama lagi..'