Monday, January 21, 2013

Departure to Bangkok (1st Day)

Hi, salam sejahtera semua..

Pada 12-15 Jan hari tu saya ada ke Bangkok. Tiket ni dah beli lama tau, almost 10months! So pelahan-pelahan kita plan trip ni then kita pun terbang lah pada hari yang ditunggu-tunggu tu..

Kami pergi bedua sahaja.. Yelah, trip mcm backpackers je, tapi ok semuanya.. alhamdulillah.. Kami terbang pukul 2.40pm, smpai sana pukul 3.40 cam tu.. Jam di Bangkok adalah awal sejam dari waktu Malaysia.

Pada hari kita sampai ni dah book tiket untuk ke Siam Niramit. Kiranya malam tu program nya adalah ke cultural show.. Tapi hebatnya sungguh cultural show ni, amazing sgt.. Terpaku jadi nya. Kami tak bawa camera sebab memang tak dibenarkan sama sekali. Camera kena simpan kat kaunter, semua orang pun mcm tu, kamera adalah DILARANG sama sekali.

Kepada anda yang nak kesana, mungkin ini dapat membantu serba sedikit. Makanan di Bangkok, yang halal ye.. memang mudah untuk dicari. Beruntung saya sebab kawan yang gi sekali ni memang buat kaw-kaw punyer research..

Makanan halal pun murah (nak dibandingkan dengan Vietnam.. mahal sungguh) kat sini semuanya serba moden and bersih. Tapi tak tahu lah kat tempat-tempat ceruk lain, saya dok kat bandar mungkin nampak bersih.

 Boleh lah layan gambar-gambar yang diambil ni..

Makanan dalam flight.. Roasted Chicken. Sedap jugak and cukup besar hidangan ni..
Dah sampai sana, nak amik teksi ke sana, dalam 300baht sebab pakai meter. Beratur nak amik teksi punya lah panjang..
Pakcik drebar ni boleh tak tahu mana Tune Hotel tu.. Adooiii.. sesat jugak lah time ni..
Tapi akhirnya! Taadaaa!!! Ni lah bilik Tune Hotel yang kitorang menginap selama 3 malam. Alahmdulillah dah selamat tiba pun time ni.
Ptg tu kami ke Siam Niramit Show. Kena amik MRT ke Sukhumvit. Tak jauh..
View kat tempat menunggu station tu
Ni lah dia route tren tu..
Dah sampai.. Ini lah rupa tempat Siam Niramit tu.. ada kat tengah-tengah bandar.
Kaunter tiket. My fren dah ada tiket so boleh skip kaunter gi terus ke masuk ke dalam ofis dia
Ini lah harga tiket masuk yang dipaparkan
Sebelum tengok show boleh enjoy tu view kat sini
Time tu memang lapar sgt2, so ini lah dia buffet dinner yang disediakan.. Takde halal food tau, tapi kena lah pilih2 makan kat sini. Saya ambil spagetti carbonara dgn mushrrom and prawn
Makanan yang entah brp kali ulang
Dalam lagi sejam nak start show, ada lah minah ni jalan dengan lelaki yang bergendang untuk bagitau yang show akan start tak lama lagi
Bergendang-gendang
Tomyam .. Ini hati2 ye.. My fren makan just ada seafood sahaja.. tapi bila saya ambil, ada ayam pulak.. Tak boleh makan, plus pedas sgt2
Ruangan salad
Makanan Thais
Ruang makan
Buffet corner
Buffet corner
Jualan cenderahati
Tempat pertunjukkan gajah
Pintu masuk ke Auditorium
Ok, so kitorang smapi kat hotel malam tu dalam pukul 11pm jugak lah.. dok kat tengah-tengah bandar Bangkok tu rasa mcm happening and ramai lagi yang belum tido walaupun dah pukul 11pm.. hehehe..
Totally hari pertama ni best sgt, lgi dpt tgk cultural show yang entertaining and satisfying. memang tak rugi pergi tengok..
Malam tu tido dengan nyenyak di Tune Hotel, Sambung pada hari kedua pulak ye..

Bangkok 2nd Day

 Hari kedua di Bangkok sungguh mengujakan.. Yelah, gi mana-mana naik tren so memang enjoice betul naik tren, walaupun saya ni mcm blur jugak and selalu je takde duit tukar untuk naik tren. Nasib lah ada member yang sanggup membantu and tunggu..
Second day kami berdua ke pasar Chaktuchak.. Besar betul pasar ni, and luas. Dah lah hari tu memang panas, so memang cuaca cantik lah untuk shopping bagai, so banyak jugak lah duit habis beli mcm-mcm..
Ok, untuk ke pasar ini kita perlu menaiki Sky Tren ke Mo Chit. Mo Chit ni station yang paling hujung, jauh jgk lah, tapi memandangkan yang tren ini laju, siap dengan air cond yang sejuk,.. maka tak lah rasa seksa sangat..
Ada pun nak gi pasar ni kena menapak sket tapi jalan-jalan tu dalam taman.. Taman yang indah menghijau..
Pasar ini pun dibuka weekend sahaja, and hari biasa mungkin tutup kot..
Mo Chit Station
Dalam taman untuk ke Pasar Chaktuchak



Kat sana jumpa kedai makan halal.. Sempat makan lagi tu..
Makanan saya. Nasi separuh and ayam goreng. Memang sedap, harga 40baht

Mak cik yang jual beg. Kat sana tiba2 beg saya putus.. memang sengaja nak saya beli beg baru kan..
Ini lah landmark Chaktuchak tu.. Jam besar
Pemandangan dalam pasar



Dah penat-penat tu sempat beli ais cream kelapa.. Bawah tu air kelapa atas tu ais cream.. harga ni 25baht



Keretapi yang membawa kami ke Ratchewi, untuk makan tengahari kat MakYah
Dalam restoren Mak Yah


Yang pompuan tu mcm tokey dia
Ehem, ehem.. possing sket


We ordered Tomyam.

Nasi goreng daging merah for me. Biasa-biasa saja

Balik tu kitorang punggah barang and tgk hasil tangkapan.. Penat, memang penat sungguh sebab cuaca panas.. Tido smpai pukul 5pm.

Dah malam tu jalan-jalan pulak ke Shpping Mall, terminal21. Ada beberapa tingkat dan semuanya ada tema tersendiri ikut negara. Contohnya aras 1 Paris, Aras2 Istanbul, aras 3 London aras 4 Tokyo and aras 5 San Francisco.

Kat aras 5 ada food court. Ni makanan halal yang dijual. Harga sangat berpatutan dari 30baht hingga 40baht

Sape nak mangga??! Banyak nyer mangga kat sini.. Manis-manis belaka

Dia letak durian sebab ada jual pulut durian jugak..

Pemandangan dalam mall

Gambar dengan patung kat aras 2, istanbul

Dah bersedia untuk ke London..?

Abg guide

Double decker

Sesat sungguh di kota London, dah ada signage senang sket..

Boleh juga naik tren kalau nak ke Bicester nanti

Toilet, tgk pakaian minah cleaner tu,.. unik kan

Peta kota london, supaya tidak sesat

Ayuh kita ke Tokyo

Minah jepun yang cun

Patung samurai

Ada brann.. meh sini bersumo

Tower untuk san francisco

Pulut mangga yang dijual 30baht

Ada jugak air bubble, 35baht

My fren punyer nasi 40baht if iam not mistaken

Every purchase kat food court ni using card. prepard card and then if ada balance boleh amik cash kt kaunter

Itu lah penutup untuk hari kedua.. Mak iii.. penat sungguh tapi best sangat2..