Ya Allah Ya Tuhanku,
Sesungguhnya Dikau yang Maha Besa
Maha Pengasih dan Maha Mengasihani
Aku memohon kehadrat Mu Ya Allah
Sembuhkan lah adikku Atiqah
Sembuhkan lah dia Ya Allah
Berikan lah dia kesabaran
Kekuatan di dalam menempuh dugaan ini Ya Allah
Diriku sebagai hamba yang lemah
Amat bersyukur dengan kurniaan Mu Ya Allah
Telah banyak rezeki serta limpahan kurnia Mu kepada kami sekeluarga
Dan kini kami redha di atas dugaan yang sedang Engkau berikan ini Ya Allah
Sembuhkan lah adikku Atiqah, Ya Allah
Berkatilah dan makbulkan lah segala usaha kami untuk menyembuhkan dia Ya Allah
Berkatilah segala doa-doa kami Ya Allah
Berikanlah yang terbaik buat Atiqah Ya Allah
Sesungguhnya kami redha Ya Allah
Ya Allah
Berkatilah Ya Allah
Sembuhkan lah Atiqah
Sesungguhnya hanya kepada Mu kami memohon Ya Allah
Engkau yang Maha Pengasih dan Mengasihani
Tiada tuhan yang disembah melain kan Dikau Ya Allah
Hanya kepadaMu kami memohon
Tuhan yang Maha Besar
Amin..
Mungkin telah tersurat, adik ketiga saya Atiqah telah menghidapi sakit dibahagian lengan sejak 3 bulan lalu dan dianggap itu sebagai sakit biasa. Kebelakangan ini, memang teruk sangat sakit dia tu sampai kan nak buka air paip pun sakit tangan katanya..
Mungkin telah tersurat jua pada 3 minggu lepas saya menghidapi demam yang amat teruk. Pada masa itu juga lengan Atiqah membengkak dan sakit. Terus ibu dan bapa saya bawa Atiqah ke KPJ Kajang.
Doktor mengatakan bahawa kes Atiqah sangat kritikal, doktor tak berani ambil kes dia. Doktor dapati ada ketumbuhan di lengan dia. So bawa dia terus ke pakar di HKL. Pada Isnin, terus Atiqah dibawa ke HKL..
Lama juga dia di HKL. Dia duduk dalam 2 minggu juga. Terus dia susah hati. Saya susah hati yang teramat sangat juga tapi terpaksa saya buat-buat tak tahu juga sebab nanti lagi sedih..
Minggu lepas rasa macam terkejut. Pagi2 jumaat ibu saya sms saya (ibu meneman Atiqah di hospital sepanjang dia di sana) dan telah didapati bahawa Atiqah mengidap Kanser Tulang. Ya Allah.. sedih saya.. Kenapa lah perkara ini menimpa Atiqah yang umurnya masih 23 tahun dan jauh perjalanan nya?
Tak pernah saya sesekali meluahkan apa yang saya tulis di sini kepada ahli keluarga saya yang lain.. Sebab saya tak sanggup.
Doktor mengatakan bahawa tempoh rawatan untuk Atiqah adalah 6 bulan. Tak apa, 6 bulan tak lama.. Ibu pun dah decide untuk ambil cuti 6 bulan jaga Atiqah.
Kanser?
Takut saya dengar, Atiqah dulunya masa kecil sedikit nakal, baru2 ini dia cerita waktu dia balik dari mengaji pada darjah 5 dia terjatuh, dan lengan di bahagian itu lah yang sakit. Dah lama ditahan baru lah rasa sakit so waktu ini lah dia kena kanser tu. Tapi syukur, dia masih punyai banyak peluang untuk sembuh. Banyak lagi rawatan yang akan menyusul dan harap-harap itu dapat menyembuhkan dia terus daripada barah ini.
Pesan untuk Atiqah
' Kau sabar ekk Mak Mok, Insyallah kau SELAMAT and SIHAT tak lama lagi..'