Friday, June 11, 2010

Pada Satu Bulan yang Lalu



Malam tadi, ketika berbual dengan ibu saya, dia ada sebut ' pada tarikh ini pada bulan kite sedang berkemas..'
Saya hampir tidak dapat faham dengan maksud beliau.
Selang beberapa saat , barulah saya faham, bulan lepas yang dimaksudkan adalah tarikh pemergian kami sekeluarga ke Tanah Suci Mekah mengikuti rombongan Umrah Andalusia 11Mei 2010. Saya turut terkilan kerana begitu cepat saya melupakan tarikh tersebut.
Pada waktu post ini ditulis adalah pada jam 4.15 petang,dimana kami masih berada di dalam penerbangan , menuju ke Bahrain. Penerbangan Gulf Air terasa begitu jauh, walaupun ia hanya mengambil masa 7jam sahaja.
Sesampai saja di Bahrain, kami dibawa menaiki coaster ke hotel penginapan yang terletak di tengah-tengah Metropolitan Bahrain, iaitu Hotel Golden Tulip. Terasa lepas segala penat lelah setelah lama berada di dalam penerbangan. Tepat jam 4.30pm, kami diarah untuk berkumpul untuk memulakan city tour di Bahrain.

Tuesday, June 8, 2010

Anugerah dari Tuhan



Mana2 saja ramai yang bercakap tentang pembuangan bayi. Berita tragis yang saya baca semalam adalah berkenaan dengan seorang pelajar UITM yang telah didakwa bersalah kerana membuang bayi DUA TAHUN LALU!!!


Disini, ternyata.. nama UITM telah dikomposisi sebagai organisasi yang mendidik wanita tersebut. adakah UITM akan membuat tindakan berkenaan dengan perkara ini seperti menarik semula pemberian Diploma @ Ijazah yang telah dianugerahkan ??


Allahualam Bissawab...



Sunday, June 6, 2010

Jika diberi 3 pilihan....


Semalam kan, pergi ke SR , itu pun after gi kenduri kawin War'e and Wawa .. pastu Akmal tanya
"if diberi 3 pilihan kan, aku nk 1)bukak business 2)Kaya 3)Beli asset..

If diberi aku pilihan ...
aku nak ..
1)Kurus
2)(Rahsia)
3)(Rahsia)

Hehehehee...

Hari nie puasa... sebab semalam dh melantak banyak sgt.. ye lah, marathon kenduri kawin:)kuikui..hari2 cakap pada diri 'nak kurus lah..' tapi untuk control makan punyalah payah.(nak seribu daya,shad!)
Dulu masa gi kursus pengurusan berat badan, ada gak doktor tu cakap 'Nak kurus memang ambil masa.mcm gak kite gi menggemukkan diri kite, pun ambil masa juga kan..
Tadi makan spagetti 2 pinggan,Alhamdulillah..
Actually, i fell so numb..maybe still rindu pada Mecca..AllahuAkhbar..